Saturday, July 16, 2011

TAAT PADA SUAMI

Ketaatan kepada suami adalah salah satu tanda kesolehan isteri
Menjadi muslimah yang solehah adalah keinginan setiap isteri dan suami pun mendambakan yang sama, untuk mewujudkan keinginan ini mudah saja iaitu dengan –salah satunya- mentaati suami, firman Allah, "Maka wanita yang soleh ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada, oleh kerana Allah telah memelihara (mereka)." (An-Nisa': 34). Ayat ini menetapkan bahawa ketaatan kepada Allah merupakan ciri dari wanita solehah, dan ketaatan kepada suami adalah sebahagian dari ketaatan kepada Allah kerana ia merupakan perintah Allah Taala.
Nabi saw bersabda,
خَيْرُالنِّسَاءِ مَنْ إِذَا نَظَرْتَ إِلَيْهَا سَرَّتْكَ وَإِذَا أَمَرَتْهَا أَطَاعَتْكَ وَإِذَا أَقْسَمْتَ عَلَيْهَا أَبَرَّتْكَ وَإِذَا غِبْتَ عَنْهَا حَفِظَتْكَ فِي نَفْسِهَا وَمَالِكَ.
"Sebaik-baik wanita adalah wanita yang jika kamu melihat kepadanya maka kamu berbahagia, jika kamu memerintahkannya maka dia mentaatimu, jika kamu bersumpah atasnya maka dia memenuhinya dan jika kamu meninggalkannya maka dia menjagamu pada diri dan hartamu." (HR. an-Nasa`i)
Terakhir apa batasan ketaatan isteri kepada suami?
Batasannya adalah perkara-perkara yang bukan merupakan kemaksiatan kepada Allah dan RasulNya, ini adalah batasan kataatan kepada makhluk di mana Allah Taala memerintahkan mentaatinya dan salah satunya adalah suami. Tidak ada ketaatan kapada makhluk dalam bermaksiat kepada Khalik.
Nabi saw bersabda,
لاَ طَاعَةَ فِي مَعْصِيَةِ اللهِ إِنَّمَا الطَّاعَةُ فِي المَعْرُوْفِ .
"Tidak ada ketaatan dalam bermaksi

at kepada Allah, ketaatan itu hanya dalam kebaikan." (HR. Muslim)
Nabi saw bersabda,
... إِلاَّ أَنْ يُؤْمَرَ بِمَعْصِيَةٍ فَإِنْ أُمِرَ بِمَعْصِيَةٍ فَلاَ سَمْعَ وَلاَطَاعَةَ .
"…Kecuali jika dia diperintahkan kepada kemaksiatan, jika dia diperintahkan kepada kemaksiatan maka tidak ada kata mendengar dan mentaati."

No comments:

Post a Comment