Tuesday, October 23, 2012

SALAM AIDILADHA


Selamat menyambut hari raya aidladha kepada semua

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Salawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, keluarga baginda dan sahabat-sahabat baginda.

Alhamdullillah marilah kita menunduk syukur kepada Allah SWT kerana memberi kita kesempatan untuk terus menikmati sambutan Hari Raya Aidil Adha pada tahun ini. Sesungguhnya marilah kita menyingkap disebalik nikmat yang diberi Allah ini dengan penuh keinsafan untuk kita memperbaiki diri kita supaya menjadi lebih baik dan tergolong dalam golongan orang-orang yang diredhai Allah SWT.

Pengajaran utama yang seharusnya kita contohi adalah semangat pengorbanan Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail bagi melaksanakan perintah Allah. Pengorbanan mereka berdua dalam melaksanakan perintah Allah merupakan contoh kepatuhan tertinggi seorang hamba kepada Penciptanya.

Semangat pengorbanan baginda seharusnya diinsafi dan dihayati di dalam setiap kegiatan kehidupan kita di dunia ini. Sebagai seorang pekerja proses penghayatan semangat Aidiladha boleh dilihat dalam konteks pengukuhan semangat pengorbanan dan ketaatan yang tidak berbelah bahagi kepada organisasi di dalam amalan dan penghayatan untuk menjadi kerja sebagai ibadah.

Pada hari ini juga, jutaan umat Islam mengunjungi Baitullah di kota Mekah untuk menunaikan ibadat haji. Pada hari ini juga, umat Islam mengadakan solat sunat hari raya di samping menyembelih binatang ternakan untuk dikorbankan. Ibadat haji dan korban sesungguhnya menuntut kepada pengorbanan.

Marilah kita sama-sama menghayati dan mencontohi pengorbanan Nabi Ibrahim a.s, kesabaran isterinya Siti Hajar dan ketaqwaan anaknya Nabi Ismail a.s sebagai sumber dorongan untuk kita menjadi pekerja dan ahli masyarakat yang lebih baik.

Salam Aidil Adha
 

No comments:

Post a Comment