Sunday, July 31, 2011

NIAT PUASA RAMADHAN

Lafaz niat untuk sebulan puasa:
niatsebulanpuasa
Sahaja aku berpuasa keseluruhan bulan Ramadhan kerana Allah Ta'ala

Lafaz niat puasa (harian):
niatharianpuasa
Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala
nawaitu souma godhin ‘an adaa i, fardhi syahri ramadhaana haadzihis sanati lillahi ta’aalaa


DOA BERBUKA PUASA


doaberbuka
Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang.
allahumma laka somtu wa bika aamantu wa ‘alaa rizqika afthartu birahmatika ya arhamarrohimin


DOA SELEPAS BERBUKA PUASA


doasesudahberbuka
Ya Allah! Kerana Engkau aku berbuka puasa dan kepada Engkau aku beriman dan atas rezeki dari Engkau aku berbuka puasa telah hilang dahaga sudah menjadi basah segala urat. Ya Allah! Aku minta diampuni dosaku dengan rahmat Engkau yang meliputi segala sesuatu.
Selamat Menyambut Bulan Ramadhan 1432 Hijrah! ^___^ 

Thursday, July 28, 2011

SONATA MUSIM SALJU

250 gm mentega
1/2 cawan gula (resepi asal 1 cawan... saya kurangkan)
2 1/2 cawan tepung naik sendiri
1 cawan susu segar
5 biji telur (kalau besar 4 biji)... tapi saya guna 3 biji telur ajer...
2 sudu sunquick oren
1 sudu kecil esen vanila (optional)
jem strawberry/rasberi
kelapa kering


Cara2nya:1. Mula2 pukul mentega bersama dengan gula sehingga kembang.
2. Kemudian masukkan telur 1 persatu pukul lagi.
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit.
4. Masukkan sunquick oren dan esen vanila.
5. Bila sudah sebati masukkan susu, dipukul sehingga betul2 sebati
6. Akhir sekali masukkan ke dalam loyang yang telah alas dengan kertas minyak.
7. Cucuk dengan lidi/garfu sama ada ia sudah masak atau belum.
8. Bila sudah sejuk di sapukan dengan jem dan taburkan kelapa kering.

 sebenarnya keknya biasa sahaja cuma jem dan kelapa kering yang membangkitkan rasa... tapi bila saya tambah susu segar... kek jadi lembut dan rasanya pun macam letak cheese...


Selamat Mencuba....

Tuesday, July 19, 2011

RAINBOW VANILLA BUTTER CAKE


Ingredients

1 cup (150 g) self-raising flour
90 g soften butter
1 tsp vanilla extract
1/2 cup (110 g) caster sugar
2 eggs
2 tbsp milk
Butter cream icing:
125 g butter, softened
1 1/2 cups (240 g) icing sugar
2 tbsp milk

Method
Preheat oven to 180C. Line 24-holes mini muffin pan with paper cases.
Sift flour into small bowl, add butter, extract sugar, eggs and milk; beat with electric mixer on low speed until ingredients are combined. Increase speed to medium, beat until mixture is changed to a paler colour.
Divide mixture into cases. Bake about 15 minutes. Stand cakes 5 minutes before turning top-side up onto wire rack to cool.
To make butter cream: Beat butter in small bowl with electric mixer until as white as possible; beat in sifted icing sugar and milk, in two batches.



Saturday, July 16, 2011

CHILLED OREO CHEESE CAKE

Bahan-Bahan

Untuk base :

  • 120gm biskut oreo (original flav.) - buang/ketepikan creamnya dan hancurkan (kita guna 200 gm oreo)
  • 70gm unsalted butter - dicairkan

Untuk Filing
  • 250gm (8oz) Philadephia cream cheese - dilembutkan pada suhu bilik
  • 200gm whipping cream - thickened cream pun boleh guna
  • 70gm gula kastor (1/3 cup) (kita guna 1/2 cup)
  • 1.5 sudukecil esen vanilla dalam bentuk serbuk putih - sy guna yg liquid punya
  • 1 sudu besar gelatine dilarutkan secara 'double-boil' dgn 30ml air - larutkan didalam microwave je
  • 40ml jus lemon - sy guna sour cream sebanyak 3 sdb(kita guna satu bekas yogurt 140ml)
  • 5 - 10 keping biskut oreo (tak perlu buang krimnya) dipatah-patahkan (kita buang krim)

Cara membuatnya 

1. campurkan mentega cair ke dalam biskut oreo yang dihancurkan - gaul mesra kemudian ditekan-tekan padat ke dalam loyang 7 inci (sy guna loyang 8 inci) yang telah dilapik dengan aluminium foil. simpan di dalam peti sejuk seketika.

2. di dalam bekas sederhana besar, putar whipping cream pada hadlaju yang perlahan ( jangan terlebih putar speed laju) sehingga 'stiff-peak' sedikit. kemudian simpam di dalam peti sejuk.

3. di dalam bekas yg besar, putar cream cheese bersama gula kastor sehingga mesra dan lembut, masukkan jus lemon/sour cream, gelatine cair dan serbuk vanilla...putar lagi hingga sebati.

4. campurkan whipping cream tadi ke dalam adunan cream cheese dan masukkan biskut oreo yang dipatah-patahkan tadi. tuangkan adunan ke dalam loyang yang disediakan. 

5. sejukkan/freezerkan adunan cheese cake tadi di dalam peti sejuk selama lebih kurang 4 jam, atau hingga benar2 sejuk dan keras. kemudian boleh dihidangkan.

*** untuk hiasan di atas boleh dihiaskan dengan serbuk biskut oreo atau biskut oreo itu sendiri.

MENGENALI BULAN SYAABAN

Bulan Syaaban adalah bulan kelapan menurut kiraan takwim Hijriyyah yang padanya mempunyai 28 hari. Syaaban bermaksud bercerai-berai. Dinamakan Syaaban kerana di dalam bulan ini masyarakat Arab pada ketika itu bertebaran ke merata-rata tempat untuk mencari air disebabkan kemarau yang berpanjangan.

Bulan Syaaban merupakan di antara bulan yang mulia dan mempunyai beberapa kelebihan dan keistimewaan tertentu padanya. Padanya digalakkan untuk memperbanyakkan ibadat sepertimana di bulan Ramadhan, Rejab, Muharam dll juga. Di samping itu juga bulan Syaaban ini adalah bulan untuk persediaan bagi menyambut ketibaan bulan Ramadhan.

Masyarakat Arab ada menggambarkan kemuliaan bulan Syaaban ini dengan beberapa huruf dan ertinya yang tersendiri antaranya:

1. Kemuliaan darjat Rasulullah S.A.W. di atas kurniaan bulan Syaaban kepadanya sehingga dinamakan bulan ini adalah bulan Nabi S.A.W.

2. Keperkasaan dan ketinggian.

3. Kebaikkan dan kebajikan yang dilakukan pada bulan ini akan mendapat ganjaran pahala yang besar daripada Allah Taala.

4. Kasih-sayang dan kemesraan.

5. Cahaya keimanan dan cahaya ibadat yang dikurniakan oleh Allah Taala kepada hambaNya yang bertakwa.


ANTARA PERISTIWA DI BULAN SYAABAN

1. Menurut Imam Nawawi, hari Nisfu Syaaban pada 15 haribulan tahun kedua Hijrah telah berlaku pertukaran kiblat umat Islam. Iaitu dari Masjid al-Aqsa ke Kaabah di Masjid al-Haram.

2. Berlaku peperangan Bani Mustalik pada tahun kelima Hijrah. Kemenangan berpihak kepada Islam.

3. Berlaku peperangan Badar yang terakhir pada tahun keempat Hijrah.


ANTARA AMALAN DI BULAN SYAABAN

Memperbanyakkan Puasa Sunat

Saidatina Aisyah RAnha berkata yang bermaksud:
Aku tidak pernah melihat Rasulullah S.A.W. menyempurnakan puasa sebulan penuh melainkan pada bulan Ramadhan dan aku tidak pernah melihat baginda memperbanyakkan berpuasa sepertimana pada bulan Syaaban.
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Saidatina Aisyah RAnha berkata yang bermaksud:
Nabi Muhammad S.A.W. tidak banyak berpuasa melainkan pada bulan Syaaban dan baginda telah berpuasa sebulan penuh pada bulan Syaaban. Dan adalah baginda bersabda: Lakukanlah amalan yang mana kamu mampu membuatnya maka sesungguhnya Allah tidak membebankan (mewajibkan) kamu sehingga kamu merasa berat dengan bebanan. Dan apa yang disukai oleh Rasulullah S.A.W. adalah sembahyang (sunat) yang sentiasa dibuat sekalipun sedikit. Dan adalah baginda apabila mendirikan sembahyang maka baginda sentiasa berterusan di dalam berbuat demikian.
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Sebuah hadis Nabi S.A.W. yang bermaksud:
Rasulullah S.A.W. telah berpuasa sebahagian besarnya dari bulan Syaaban.
(Riwayat Nasaie).

Melazimi Berzikir dan Berdoa

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Allah mencurahkan kebajikan pada empat malam iaitu malam Raya Haji, malam Raya Puasa, malam Nisfu Syaaban dan malam Arafah.
(Riwayat al-Baihaqi).

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Doa merupakan otak kepada ibadat.
(Riwayat al-Tirmizi).

Saidatina Aisyah RAnha berkata yang bermaksud:
Adalah Rasulullah S.A.W. mengingati Allah (berzikir kepada Allah) setiap masa.
(Riwayat Muslim).

Sentiasa Bertaubat dan Beristighfar

Firman Allah Taala bermaksud:
Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah wahai orang-orang yang beriman supaya kamu berjaya.
(Surah an-Nur: Ayat 31).




KELEBIHAN MALAM NISFU SYAABAN

Adapun antara kelebihan malam Nisfu Syaaban itu ada disebutkan di dalam beberapa hadis. Di malam Nisfu Syaaban juga adalah di antara malam-malam yang dikabulkan doa.

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Allah menjenguk datang kepada semua makhlukNya di malam Nisfu Syaaban maka diampunkan dosa sekalian makhlukNya kecuali orang yang menyekutukan Allah atau orang yang bermusuhan.
(Riwayat Ibn Majah, al-Tabrani dan Ibn Hibban).

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Allah mencurahkan kebajikan pada empat malam iaitu malam Raya Haji, malam Raya Puasa, malam Nisfu Syaaban dan malam Arafah.
(Riwayat al-Baihaqi).

Berkata Imam Shafie di dalam kitabnya al-Umm:
Telah sampai pada kami bahawa dikatakan: Sesungguhnya doa dikabulkan pada lima malam iaitu: Pada malam Jumaat, malam Raya Haji, malam Raya Puasa, malam pertama di bulan Rejab dan malam Nisfu Syaaban.

Berkata Imam Ghazali di dalam kitabnya Ihya Ulum al-Din:
Sesungguhnya sunat muakkad (sunat yang amat digalakkan) menghidupkan hari siang dan malam yang mempunyai kelebihan antaranya malam Nisfu Syaaban.


MENGHIDUPKAN MALAM NISFU SYAABAN

Berkata Syeikh al-Islam Ibn Taimiah di dalam kitabnya Majmuk al-Fatawa:
Apabila seorang manusia itu menunaikan solat pada malam Nisfu Syaaban sama ada secara individu atau berjemaah secara khusus sepertimana yang dilakukan oleh sebilangan masyarakat Islam maka ia adalah baik.

Beliau berkata lagi:
Adapun malam Nisfu Syaaban maka telah diriwayatkan mengenai kemulian / kelebihannya (Nisfu Syaaban) daripada hadis-hadis dan athar. Dinukilkan juga daripada golongan al-Salaf sesungguhnya mereka menunaikan solat padanya (malan Nisfu Syaaban), maka solat seseorang padanya (malam Nisfu Syaaban) secara berseorangan telah dilakukan oleh al-Salaf dan padanya terdapat hujjah maka janganlah ini diingkari. Adapun solat secara jemaah pada ini (malam Nisfu Syaaban) terbina di atas kaedah umum pada berkumpulnya di dalam melakukan ketaatan dan pengibadatan.

Oleh itu, para tabien ada menghidupkan malam Nisfu Syaaban dengan dua cara:

Pertama: Sebahagian mereka hadir beramai-ramai ke masjid dan berjaga di waktu malam untuk bersembahyang sunat dengan memakai harum-haruman, bercelak mata dan berpakaian yang terbaik.

Kedua: Sebahagiannya lagi melakukannya dengan cara bersendirian. Mereka menghidupkan malam tersebut dengan beribadat seperti sembahyang sunat dan berdoa dengan cara bersendirian.

Adapun cara menghidupkan malam Nisfu Syaaban sebagaimana yang dilakukan sekarang ini tidaklah pernah berlaku pada zaman Rasulullah S.A.W. akan tetapi ia berlaku pada zaman tabien dari penduduk Syam. Di kebanyakkan negara Arab dan Nusantara kebiasaanya dibacakan Yasin sebanyak tiga kali pada malam Nisfu Syaaban dengan setiap satu bacaan dengan niat tersendiri sepertimana yang pernah diajarkan oleh para tok guru terdahulu. Perkara ini hampir berlaku ijmak padanya memandangkan dilakukan oleh para ulama zaman berzaman sejak dari dahulu lagi hinggalah kini.

Amalan seperti ini tidaklah dinisbahkan kepada Rasulullah S.A.W. sendiri akan tetapi ia boleh dilakukan selagi mana ibadat tersebut tidak bertentangan dengan syarak. Adapun kebanyakkan masyarakat sekarang ini menghidupkan malam Nisfu Syaaban dengan membaca al-Quran seperti membaca surah Yasin, berzikir dan berdoa dengan berhimpun di masjid-masjid atau rumah-rumah persendirian sama ada secara berjemaah atau perseorangan adalah tidak jauh berbeza dengan apa yang dilakukan oleh para tabien itu dan dilakukan juga oleh para ulama.


PENUTUP

Marilah bersama-sama kita memperbanyakkan amalan pada bulan Syaaban ini kerana padanya terdapat banyak kelebihan dan keutamaan yang mesti direbut. Tulisan ringkas ini adalah sekadar untuk mengingatkan mana-mana yang terleka dan alpa dalam menjalani hidup ini sebagai hamba Allah Taala yang amat kerdil lagi hina. Saya juga tidak bercadang untuk memanjangkan tulisan ini dengan perbincangan berbentuk khilaf yang boleh memeningkan kepala masyarakat. Semoga kita semua berada di dalam redha Allah Taala setiap masa. InsyaAllah.

TAAT PADA SUAMI

Ketaatan kepada suami adalah salah satu tanda kesolehan isteri
Menjadi muslimah yang solehah adalah keinginan setiap isteri dan suami pun mendambakan yang sama, untuk mewujudkan keinginan ini mudah saja iaitu dengan –salah satunya- mentaati suami, firman Allah, "Maka wanita yang soleh ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada, oleh kerana Allah telah memelihara (mereka)." (An-Nisa': 34). Ayat ini menetapkan bahawa ketaatan kepada Allah merupakan ciri dari wanita solehah, dan ketaatan kepada suami adalah sebahagian dari ketaatan kepada Allah kerana ia merupakan perintah Allah Taala.
Nabi saw bersabda,
خَيْرُالنِّسَاءِ مَنْ إِذَا نَظَرْتَ إِلَيْهَا سَرَّتْكَ وَإِذَا أَمَرَتْهَا أَطَاعَتْكَ وَإِذَا أَقْسَمْتَ عَلَيْهَا أَبَرَّتْكَ وَإِذَا غِبْتَ عَنْهَا حَفِظَتْكَ فِي نَفْسِهَا وَمَالِكَ.
"Sebaik-baik wanita adalah wanita yang jika kamu melihat kepadanya maka kamu berbahagia, jika kamu memerintahkannya maka dia mentaatimu, jika kamu bersumpah atasnya maka dia memenuhinya dan jika kamu meninggalkannya maka dia menjagamu pada diri dan hartamu." (HR. an-Nasa`i)
Terakhir apa batasan ketaatan isteri kepada suami?
Batasannya adalah perkara-perkara yang bukan merupakan kemaksiatan kepada Allah dan RasulNya, ini adalah batasan kataatan kepada makhluk di mana Allah Taala memerintahkan mentaatinya dan salah satunya adalah suami. Tidak ada ketaatan kapada makhluk dalam bermaksiat kepada Khalik.
Nabi saw bersabda,
لاَ طَاعَةَ فِي مَعْصِيَةِ اللهِ إِنَّمَا الطَّاعَةُ فِي المَعْرُوْفِ .
"Tidak ada ketaatan dalam bermaksi

at kepada Allah, ketaatan itu hanya dalam kebaikan." (HR. Muslim)
Nabi saw bersabda,
... إِلاَّ أَنْ يُؤْمَرَ بِمَعْصِيَةٍ فَإِنْ أُمِرَ بِمَعْصِيَةٍ فَلاَ سَمْعَ وَلاَطَاعَةَ .
"…Kecuali jika dia diperintahkan kepada kemaksiatan, jika dia diperintahkan kepada kemaksiatan maka tidak ada kata mendengar dan mentaati."

Friday, July 15, 2011

AYAM PERCIK

Bahan-bahan ( Anggaran 2 ekor ayam )

500 gm bawang besar
50 gm halia - diblender
50 gm lengkuas - diblender
50 gm bawang putih - diblender
5 batang serai - diblender
2 cawan gula
3 sudu stok ayam serbuk
5 senduk cili mesin
5 senduk cili sos
1/2 kg santan
Cara-cara

Campurkan semua bahan dan dimasak sampai mendidih
Apabila sudah mendidih, masukkan ayam hingga separuh masak
Asingkan ayam dan siap untuk dibakar, kuah yang lebih disimpan untuk dicurahkan di atas ayam nanti
Bakar dan siap untuk menjamu selera

KEK MARBLE

Bahan-bahan ( Acuan ( 8 x 8 x 3 ) inci )
300 g mentega, pada suhu bilik
280 g tepung halus (tepung gandum pun ok)*
1 camca teh serbuk penaik*
1 camca besar susu tepung*(*disatukan dan diayak)
5 biji telur Gred A
250 g gula kastor
1 camca besar Ovallate
30 g Gliserin
20 g air
1/2 camca teh esev vanilla
Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Satu dicampur dgn coklat emulco, satu lagi dgn strawberi emulco dan satu yg adunan kosong dicampur dgn esev vanila. (Perisa bergantung pada kehendak masing2).
Lenser tin kek berukuran ( 8 x 8 x x3 ) inci dgn mentega dan alas dasarnya dgn kertas minyak. Tuang setiap adunan secara berselang seli hingga habis.
Cara2..
Pukul mentega hingga kembang. Masukkan tepung yg telah diayak tadi. Gaul rata dgn mentega. Ketepikan
Dalam mangkuk yg kering dan bersih. Satukan telur, gula dan ovallate.
Menggunakan kelajuan yg tinggi, pukul adunan hingga kembang dan gebu. Seperti adunan kuih baulu.
Menggunakan kelajuan yg tinggi, pukul adunan hingga kembang dan gebu. Seperti adunan kuih baulu.
Bakar dalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 175C selama 40 - 45 minit, bergantung pada oven masing2. Jika selepas 45 minit dan apa bila dicucuk dgn lidi satu dibhg tgh2 kek dan hasilnya tidak kering. Tutup permukaan tin kek dgn tudung periuk dan tambah masa membakar 5 - 10 minit lagi. Uji kek selepas 5 minit dibakar. Bila masak keluarkan kek dari tin dan sejukkan.
Tujuan meletakkan "tudung periuk" ialah untuk mengelakkan kek hangus pada permukaannya.

CARROT CAKE

Bahan-bahan ( acuan bulat 30 cm berlubang tengah (boleh guna acuan 19cm x 19cm) )

185 g mentega
160 g gula perang
20 g gula halus (gula kastor)
4 biji telur gred A (berat kurang lebih 60g satu biji), asingkan kuning dan putih
150 g parutan lobak merah
1 camca besar parutan kulit oren
3 camca besar jus oren*
60 g kismis*(*disatukan dan biar terendam)
1 camca teh esen vanilla
45 g kacang walnut, dicincang kasar
185 g tepung gandum*
1 camca teh baking powder*
1/2 camca teh soda bicarbonate*(*digaul dan diayak)
Cara-cara

Cuci lobak merah (kurang lebih 2 batang), buang sedikit kulit luar dan parut halus.
Pukul mentega bersama gula perang hingga berkrim. Masukkan kuning telur satu persatu dan juga esen vanilla sambil terus memukul hingga kembang.
Perlahankan speed mixer dan masukkan tepung yang telah diayak sedikit demi sedikit hingga habis. Gaul hingga sebati.
Masukkan kismis yang direndam bersama2 dgn jus oren tadi, parutan kulit oren dan juga parutan lobak merah. Gaul hingga semua rata dan mesra.
Sementara itu dalam bekas lain yang bersih dan kering, putar putih telur bersama2 gula halus sehingga kental dan bertanduk.
Dengan menggunakan spatula, gaul putih telur tadi dengan adunan lobak merah dgn kaedah "kaup balik" sehingga sebati dan rata.
Masukkan cincangan kacang walnut dan gaul perlahan hingga rata.
Tuang dalam acuan kek yang telah disapu dgn mentega (perlu sapu rata2, terutama bahagian dasar acuan) dan ditabur sedikit tepung, ketuk keluar lebihan tepung dan kalau guna acuan empat segi, alas dasar tin dgn kertas minyak. Bakar dalam oven pada suhu 175C selama 45 - 50 minit. Sejukkan 10 minit sebelum dikeluarkan dari acuan. Biar sejuk dan boleh diayakkan gula asing jika suka. (guna kaedah mencucuk lidi sate dibahagian tgh kek jika keluar bersih, ok kek dah masak).

Wednesday, July 13, 2011

CARA SYAITAN MEMBUKA AURAT WANITA

Syaitan dalam menggoda manusia memiliki berbagai cara strategi, dan yang sering dipakai adalah dengan memanfaatkan hawa nafsu, yang memang memiliki kecenderungan mengajak kepada keburukan (ammaratun bis su'). Syaitan seakan mengetahui kecenderungan nafsu kita, dia terus berusaha agar manusia keluar dari garis yang telah ditentukan Allah, termasuk melepaskan hijab atau pakaian muslimah.

Berikut adalah cara bertahap:

I. Menghilangkan Definisi Hijab
Dalam tahap ini syaitan membisikkan kepada para wanita, bahawa pakaian apapun termasuk hijab (penutup) itu tidak ada kaitannya dengan agama, ia hanya sekadar pakaian atau gaya hiasan bagi para wanita. Jadi tidak ada pakaian syar'i, pakaian, dengan apa pun bentuk dan namanya tetap pakaian.

Sehingga akibatnya, ketika zaman telah berubah, atau kebudayaan manusia telah berganti, maka tidak ada masalah pakaian ikut ganti juga. Demikian pula ketika seseorang berpindah dari suatu negeri ke negeri yang lain, maka harus menyesuaikan diri dengan pakaian penduduknya, apapun yang mereka pakai. Berbeza
halnya jika seorang wanita berkeyakinan, bahawa hijab adalah pakaian syar'i (identiti keislaman), dan memakainya adalah ibadah bukan sekadar gaya ( fesyen ). Biarpun hidup bila saja dan di mana saja, maka hijab syar'i tetap dipertahankan. .

Apabila seorang wanita masih bertahan dengan prinsip hijabnya, maka syaitan beralih dengan strategi yang lebih halus.

Caranya?

Pertama, Membuka Bahagian Tangan
Telapak tangan mungkin sudah kebiasaannya terbuka, maka syaitan membisikkan kepada para wanita agar ada sedikit peningkatan model yakni membuka bahagian hasta (siku hingga telapak tangan). "Ah tidak ! apa-apa, kan masih pakai jilbab dan pakai baju panjang? Begitu bisikan syaitan. Dan benar si wanita akhirnya memakai pakaian model baru yang menampakkan tangannya, dan ternyata para lelaki melihatnya juga seperti biasa saja. Maka syaitan berbisik," Tu.. tidak apa-apa kan?

Kedua, Membuka Leher dan Dada
Setelah menampakkan tangan menjadi kebiasaan, maka datanglah syaitan untuk membisikkan perkara baru lagi. "Kini buka tangan sudah menjadi lumrah, maka perlu ada peningkatan model pakaian yang lebih maju lagi, yakni terbuka bahagian atas dada kamu." Tapi jangan sebut sebagai pakaian terbuka, hanya sekadar sedikit untuk mendapatkan hawa, agar tidak panas. Cubalah! Orang pasti tidak akan peduli, sebab hanya sebahagian kecil sahaja yang terbuka.

Maka dipakailah pakaian fesyen terbaru yang terbuka bahagian leher dan dadanya dari yang fesyen setengah lingkaran hingga yang fesyen bentuk huruf "V" yang tentu menjadikan lebih terlihat lagi bahagian sensitif lagi dari dadanya.

Ketiga, Berpakaian Tapi Telanjang
Syaitan berbisik lagi, "Pakaian mu hanya gitu-gitu saja, yak "cool" cari fesyen atau bahan lain yang lebih bagus! Tapi apa ya? Si wanita berfikir. "Banyak fesyen dan kain yang agak tipis, lalu bentuknya dibuat yang agak ketat biar lebih sedap/cantik dipandang," syaitan memberi idea baru.

Maka tergodalah si wanita, di carilah fesyen pakaian yang ketat dan kain yang tipis bahkan transparent. "Mungkin tak ada masalah, kan potongan pakaiannya masih panjang, hanya bahan dan fesyennya saja yang agak berbeza, biar nampak lebih feminin," begitu dia menokok-nambah. Walhasil pakaian tersebut akhirnya membudaya di kalangan wanita muslimah, makin hari makin bertambah ketat dan transparent, maka jadilah mereka wanita yang disebut oleh Nabi sebagai wanita
kasiyat 'ariyat (berpakaian tetapi telanjang).

Keempat, Agak di Buka Sedikit
Setelah para wanita muslimah mengenakan pakaian yang ketat, maka syaitan datang lagi. Dan sebagaimana biasanya dia menawarkan idea baru yang sepertinya "cool" dan "vogue", yakni dibisiki wanita itu, "Pakaian seperti ini membuat susah berjalan atau duduk, soalnya sempit, apa tak sebaiknya di belah hingga lutut atau mendekati paha?" Dengan itu kamu akan lebih selesa, lebih kelihatan lincah dan energik." Lalu dicubalah idea baru itu, dan memang benar dengan dibelah mulai dari bahagian bawah hingga lutut atau mendekati paha ternyata membuat lebih selesa dan leluasa, terutama ketika akan duduk atau naik kenderaan. "Yah.... tersingkap sedikit tak apa-apa lah, yang penting enjoy," katanya.

Inilah tahapan awal syaitan merosak kaum wanita, hingga tahap ini pakaian masih tetap utuh dan panjang, hanya fesyen, corak, potongan dan bahan saja yang dibuat berbeza dengan hiijab syar'i yang sebenarnya. Maka kini mulailah syaitan pada tahap berikutnya.

II. Terbuka Sedikit Demi Sedikit
Kini syaitan melangkah lagi, dengan tipu daya lain yang lebih "power", tujuannya agar para wanita menampakkan bahagian aurat tubuhnya.

Pertama, Membuka Telapak Kaki dan Tumit
Syaitan Berbisik kepada para wanita, "Baju panjang benar-benar tidak selesa, kalau hanya dengan membelah sedikit bahagiannya masih kurang leluasa, lebih elok kalau dipotong sahaja hingga atas mata kaki." Ini baru agak longgar. "Oh...... ada yang yang terlupa, kalau kamu pakai baju sedemikian, maka jilbab yang besar tidak sepadan lagi, sekarang kamu cari jilbab yang kecil agar lebih serasi dan sepadan, ala....... orang tetap menamakannya dengan jilbab."

Maka para wanita yang terpengaruh dengan bisikan ini terburu-buru mencari fesyen pakaian yang dimaksudkan. Tak ketinggalan kasut tumit tinggi, yang kalau untuk berjalan, dapat menarik perhatian orang.

Kedua, Membuka Seperempat Hingga Separuh Betis
Terbuka telapak kaki telah biasa ia lakukan, dan ternyata orang yang melihat juga tidak begitu ambil peduli. Maka syaitan kembali berbisik, "Ternyata kebanyakan manusia menyukai apa yang kamu lakukan, buktinya mereka tidak ada reaksi apa-apa, kecuali hanya beberapa orang. Kalau langkah kakimu masih kurang leluasa, maka cubalah kamu cari fesyen lain yang lebih menarik, bukankah kini banyak skirt separuh betis dijual di pasaran? Tidak usah terlalu terdedah, hanya terlihat kira-kira sepuluh centimetre saja." Nanti kalau sudah biasa,
baru kamu cari fesyen baru yang terbuka hingga separuh betis."

Benar-benar bisikan syaitan dan hawa nafsu telah menjadi penasihat peribadinya, sehingga apa yang saja yang dibisikkan syaitan dalam jiwanya dia turutkan. Maka terbiasalah dia memakai pakaian yang terlihat separuh betisnya kemana saja dia pergi.

Ketiga, Terbuka Seluruh Betis
Kini di mata si wanita, zaman benar-benar telah berubah, syaitan telah berhasil membalikkan pandangan jernihnya. Terkadang si wanita berfikir, apakah ini tidak menyelisihi para wanita di masa Nabi dahulu. Namun bisikan syaitan dan hawa nafsu menyahut, "Ah jelas tidak, kan sekarang zaman sudah berubah, kalau zaman dulu para lelaki mengangkat pakaiannya hingga setengah betis, maka wanitanya harus menyelisihi dengan menjulurkannya hingga menutup telapak kaki, tapi kini lain, sekarang banyak lelaki yang menurunkan pakaiannya hingga bawah mata kaki, maka wanitanya harus menyelisihi mereka iaitu dengan mengangkatnya hingga setengah betis atau kalau perlu lebih ke atas lagi, sehingga nampak seluruh betisnya."

Tetapi? apakah itu tidak menjadi fitnah bagi kaum lelaki," bersungut. "Fitnah? Ah...... itu kan zaman dulu, di masa itu kaum lelaki tidak suka kalau wanita menampakkan auratnya, sehingga wanita-wanita mereka lebih banyak di rumah dan pakaian mereka sangat tertutup. Tapi sekarang sudah berbeza, kini kaum lelaki kalau melihat bahagian tubuh wanita yang terbuka, malah senang dan mengatakan ooh atau wow, bukankah ini bererti sudah tidak ada lagi fitnah, kerana sama- sama suka? Lihat saja fesyen pakaian di sana-sini, dari yang di pasar malam hingga yang berjenama di pusat membeli belah, semuanya memperagakan fesyen yang dirancang khusus untuk wanita maju di zaman ini. Kalau kamu tidak mengikutinya, akan menjadi wanita yang ketinggalan zaman." Demikianlah, maka pakaian yang menampakkan seluruh betis akhirnya menjadi kebiasaan, apalagi ramai yang memakainya dan sedikit sekali orang yang mempersoalkannya. Kini tibalah saatnya syaitan melancarkan tahap terakhir dari tipu dayannya untuk melucuti hijab wanita.

III. Serba Mini
Setelah pakaian yang menampakkan betis menjadi pakaian sehari- harian dan dirasa biasa-biasa saja, maka datanglah bisikan syaitan yang lain. "Pakaian memerlukan variasi, jangan yang itu-itu saja, sekarang ini fesyen skirt mini, dan agar sepadan, rambut kepala harus terbuka, sehingga benar-benar kelihatan indah." Maka akhirnya skirt mini yang menampakkan bahagian bawah paha dia pakai, bajunya pun bervariasi, ada yang terbuka hingga lengan tangan, terbuka bahagian dada sekaligus bahagian punggungnya dan berbagai fesyen lain yang serba pendek dan mini. Koleksi pakaiannya sangat beraneka ragam, ada pakaian untuk berpesta, bersosial, pakaian kerja, pakaian rasmi, pakaian malam, petang, musim panas, musim sejuk dan lain-lain, tak ketinggalan seluar pendek separuh paha pun dia miliki, fesyen dan warna rambut juga ikut bervariasi,

semuanya telah dicuba. Begitulah sesuatu yang sepertinya mustahil untuk dilakukan, ternyata kalau sudah dihiasi oleh syaitan, maka segalanya menjadi serba mungkin dan diterima oleh manusia.

Hingga suatu ketika, muncul idea untuk mandi di kolam renang terbuka atau mandi di pantai, di mana semua wanitanya sama, hanya dua bahagian paling ketara saja yang tersisa untuk ditutupi, kemaluan dan buah dada. Mereka semua mengenakan pakaian yang sering disebut dengan "bikini". Kerana semuanya begitu, maka harus ikut begitu, dan na'udzubillah bisikan syaitan berhasil, tujuannya tercapai, "Menelanjangi Kaum Wanita."

Selanjutnya terserah kamu wahai wanita, kalian semua sama, telanjang di hadapan lelaki lain, di tempat umum. Aku berlepas diri kalau nanti kelak kalian sama-sama di neraka. Aku hanya menunjukkan jalan, engkau sendiri yang melakukan itu semua, maka tanggung sendiri semua dosamu" Syaitan tak ingin ambil risiko.

Penutup
Demikian halus, cara yang digunakan syaitan, sehingga manusia terjerumus dalam dosa tanpa terasa. Maka hendaklah kita semua, terutama orang tua jika melihat gejala menyimpang pada anak-anak gadis dan para wanita kita sekecil apapun, segera secepatnya diambil tindakan. Jangan biarkan berlarut-larutan, kerana kalau dibiarkan dan telah menjadi kebiasaan, maka sakan menjadi sukar bagi kita untuk mengatasinya. Membiarkan mereka membuka aurat bererti merelakan mereka mendapatkan laknat Allah, kasihanilah mereka, selamatkan para wanita muslimah, jangan jerumuskan mereka ke dalam kebinasaan yang menyengsarakan, baik di dunia mahupun di akhirat.

Wallahu a'lam bisshawab.

Sumber idea dan buah fikiran: Kitab "At ta'ari asy syaithani", Adnan ath-Thursyah

Macarons Krim Coklat :: OhResepi.com

Macarons Krim Coklat :: OhResepi.com

Tuesday, July 12, 2011

CHOCO CHEESE MARBLE CUPCAKE






Bahan A
250 gram mentega
250 gram gula kaster
6 biji telur
300 ml susu segar
60 gram serbuk koko, diayak
360 gram tepung gandum
2 sudu teh baking powder, diayak

Bahan B
250 gram krim keju
60 gram gula kaster
1 sudu teh esen vanilla
1 biji telur

Cara:
1. Pukul butter dan gula. Masukkan telur sebiji demi sebiji. Masukkan tepung, serbuk koko dan baking powder yang telah diayak. Gaul rata.

2. Dalam bekas yang lain, pukul kesemua bahan bahan B hingga kembang.

3. Masukan dalam plastik dan potong hujungnya. Pipekan sedikit Bahan A dalam setiap cup. Kemudian pipekan sedikit Bahan B. Pipekan semula bahan A. Dan baki bahan B diletakan sedikit di atas kek sebagai hiasan.

4. Bakar di oven 180 deg C - selama 25 -30 mins. Terus dihidang. Boleh dimakan panas-panas.

AGAR-AGAR CENDOL CINCAU

bahan:
A
1bungkus serbuk agar-agar
2 cawan fresh milk
2 cawan air
3/4 cawan gula

Rebus semua bahan diatas.

B
Lapisan atas;
ambil 3/4 bahagian daripada bahan A dan campurkan degan 80g cendol yang telah ditapis airnya. Kacau dan masukkan ke dalam bekas.

C
Lapisan bawah;
1 batang cincau yang dibungkus dalam plastik
2 sudu besar tepung kastad dicampurkan dengan sedikit air

1/2 bungkus cincau dipotong dadu. Setengah lagi diblender dengan menggunakan sedikit air.
Panaskan lebihan bahan A. Masukkan tepung kastad dan cincau yang telah diblender. Masak sehingga kastad masak.
Bila lapisan bawah telah mengeras, cakar dengan garpu dan tuang bahan C.

MEE HAILAM

500 g mee kuning
100 g daging ayam
6-8 ekor udang
2 ekor sotong
3 ulas bawang putih (ditumbuk)
4 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar stok udang
2 1/2 cawan air
2 sudu besar tepung jagung (bancuh dengan sedikit air)
Minyak masak

4 batang jagung muda
1/2 batang lobak merah
5 biji cendawan butang
4 biji tomato
1 cawan taugeh
4 biji cili padi (diketuk)
Hirisan daun sup dan daun bawang
Bawang goreng

Cara-cara

Panaskan minyak. Tumis bawang putih sehingga kekuningan.
Masukkan udang, sotong dan ayam. Goreng selama 2 minit.
Masukkan air, sos tiram, kicap pekat dan stok udang.
Apabila mendidih, masukkan sayur-sayuran yang telah dipotong atau dihiris. Masak selama 5 minit. Jika perlu, tambah sedikit air.
Masukkan bancuhan tepung jagung dan kacau hingga sekata.
Masukkan garam dan gula secukup rasa.
Siap untuk dihidangkan dengan hirisan daun sup, daun bawang dan bawang goreng (optional).

SERABAI

BAHAN SERABAI :-)
500 g tepung beras
300 g nasi, kisar halus dengan sedikit air
1 liter santan, masak hingga suam
1 1/2 camca teh instant dried yeast
Garam secukup rasa

BAHAN KUAH GULA :-) -
boleh lawan dengan serawa durian :)
1 cawan gula perang (gula timbang)
2 cawan santan
2 biji pisang, dihiris
2 helai daun panda, disimpul
Secubit garam


CARA MEMBUATNYA :-)
UNTUK SERABAI :- Bancuh semua bahan2 untuk serabai kecuali santan. Kacau rata dan tuang santan suam sedikit demi sedikit sehingga mandapat bancuhan yang sempurna, tak pekat sangat atau cair sangat, seperti bancuhan membuat kuih cara. Perap adunan tadi 2 jam (

perap lama sikit). Panaskan non-stik pan. Lenser sedikit minyak dan tuang aduana tadi kurang lebih 1 senduk lauk, biar masak dengan api perlahan sehingga permukaannya berbuih dan menghasikan lubang2. Tutup sekejap dengan tudung periuk, bila serabai kelihatan keriang, boleh lah diangkat, hidangkan bersama kuah gula...
UNTUK KUAH GULA :-) Satukan semua bahan untuk kuah gula kecuali pisang, masak hingga semua larut, tapis dan masukkan kembali ke dalam periuk. Tambah pisang dan renih hingga kuah pekat. Sejukkan dan hidang bersama kuih serabai.....sedapppp!!!!

DAGING BLACK PEPPER


BAHAN-BAHAN

500g daging - dihiris nipis direbus hingga empuk (ada yg terus goreng tapi saya rebus dulu takut tak empuk...keras dll)
1camca teh serbuk kunyit
garam
sedikit minyak untuk menggoreng
1/4 cawan kicap pekat (saya pakai kicap manis cap kipas udang)
4-5 sudu sos tiram
1 sudu teh serbuk lada hitam
sedikit air untuk kuah...

bahan ditumbuk
7 biji bwg merah
5 ulas bwg putih
1 inci halia

cili merah, cili hijau dan bawang besar dipotong bulat sebagai hiasan

CARA-CARA

1. Perap daging yang sudah direbus dengan kunyit dan garam lehih kurang 15 minit
2. Goreng daging kira-kira 5 minit jangan garing sangat sebab kita dah rebus tadi..nanti keras dagingnya
3. masukkan bahan yang ditumbuk bersama-sama tadi hingga naik bau, kalau nak berkuah letak sikit air.
4. kemudian masukkan kicap, sos tiram dan lada hitam. biarkan masak
5. akhir sekali masukkan bawang besar, cili hijau dan cili merah. Sudah siap..boleh dah makan :)

AYAM PANGGANG ALA KENNY ROGERS




1 ekor ayam - bersihkan dan tidak perlu dipotong kecil

Bahan - bahan untuk perap ayam
3 biji bawang besar
4 biji bawang putih
1 inci halia
2 atau 3 sudu besar sos lada hitam
1 sudu besar lada hitam tumbuk
2 sudu besar madu
1 ketul kiub ayam Knorr
2 sudu besar gula pasir- atau gula perang
2 sudu besar herba campuran
1 1/2 sudu teh garam halus
Sedikit air untuk mengisar kesemua bahan.
Sedikit mentega

Campur kesemua bahan dengan sedikit air dan kisar.
Lumurkan keseluruhan bahan tadi diluar dan dalam ayam yang telah dibersihkan.
Perap selama 1 1/2 jam ( perap selama 3 jam)
Sapu sedikit mentega keseluruhan ayam dan bakar/panggang.
Bakar selama 1 1/2 jam atau sehingga ayam masak.
Semasa membakar, selepas 1/2 jam pertama, sapukan ayam dengan minyak dan campuran rempah yang menitis. Ini supaya ayam tidak terlalu kering.



SOS LADA HITAM


Bahan-bahan :
11/2 cawan stok ayam @ daging - ( air + kiub ayam )
1/2 cawan susu segar - nak kurangkn pun boleh
4 - 5 sudu serbuk lada hitam
2 cm batang salery - dicincang
1/2 biji bawang besar - dicincang
2 sudu besar kicap manis - bergantung kehitaman yang dikehendaki
1 sudu sos tiram
1 sudu mentega/ marjerin
1/2 tin cendawan butang - dihiris
2 sudu besar tepung gandum - bancuh dengan air
garam dan gula - jika perlu

Panaskan stok ayam, susu segar, bawang dan juga batang salery. didihkan.
Kemudian tapis. buang bawang dan juga salery. kalau tak nak tapis pun takpe. Didihkan semula.. Masukkan lada hitam, kicap manis, mentega/marjerin, sos tiram dan juga cendawan butang. garam dan gula jika perlu.
Akhir sekali masukkan bancuhan tepung gandum untuk mendapatkan kepekatan yang dikehendaki.

Monday, July 11, 2011

ANDAI LELAKI TAHU......



Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.
Andai lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah mencintai lelaki itu.
Andai lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itu maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang berantem. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak sesuatu yang terjadi.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cerewet, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda risih, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata dia mau kamu berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima kamu seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan kamu, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan kamu dan masih mengangap kamu anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. terkadang dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, kamu akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk kamu .
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia melebih-lebih. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang atau hadiah, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak mencintai kamu tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan bilang lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mau menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia denganmu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan menjadi tengking, dia bukan bermaksud untuk menjadi tengking, tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan sikapnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar mencintai anda. Perempuan sulit untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.
Andai lelaki tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbedaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun sebenarnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.
(´'`v´'`)
`•.¸.•´
.¸.•´¸.•*¨)¸.•*¨)
(¸.•´ (¸.•´¸¸.¨¨`♥ ~ ~ ♥
Semoga bermanfaat...

Sunday, July 10, 2011

PASTA CARBONARA


Bahan-bahan

250 pasta di rebus dan ditos airnya
4 ulas bawang putih dicincang halus
sekeping dada ayam di dadukan
1/2 biji bwg besar(sederhana saiz) - dicincang
2 sudu besar minyak zaitun
sedikit butter
sedikit oregano, basil
1/2 cawan susu
1 sudu cream cheese
sedikit cheese mozarella
Parmesan cheese secukupnya
Parsley kering secukupnya
serbuk lada sulah/lada hitam
sedikit pati ayam jika suka
sayur-sayuran kegemaran
garam
Cara-cara

Rebus pasta dengan sedikit garam sehingga masak dan toskan.
Panaskan minyak zaitun. Tumis bawang putih dan bawang besar sehingga naik bau.
Masukkan ayam dan goreng sekejap, kemudian masukkan susu, cream cheese, mozarella cheese, basil, oregano, lada sulah, pati ayam dan garam. Gaul rata.
Kemudian masukkan pula sayur2 kegemaran.
Kemudian masukkan pasta. gaul dan rasa. siap
Letak pasta ke dalam pinggan, taburkan dengan parmesan cheese.

KEK MARBLE


bahan-bahan :
225 g tepung halus/superfine
250 g mentega berkualiti (pada suhu bilik)
30 g krim keju (pada suhu bilik)
5 biji telur gred B (pada suhu bilik)
210 g gula kastor
80 ml susu segar
1 sudu kecil ovalette
1 sudu kecil baking powder
2 sudu kecil esen vanilla
1 sudu kecil serbuk teh hijau / matcha
1 sudu besar serbuk coklat/serbuk koko + 2 sudu besar air panas
sedikit pewarna oren

Cara-cara :

Panaskan oven pada suhu 170C. Lengserkan loyang kek dengan mentega dan alaskan dengan kertas serap minyak / baking sheet.
Ayak tepung bersama baking powder. Ketepikan.
Putar mentega bersama krim keju dan ovalette hingga pucat.
Masukkan gula sedikit demi sedikit sambil diputar hingga hancur dan kembang. (high speed)
Perlahankan kelajuan mixer, masukkan telur satu demi satu sambil diputar hingga sebati. (pastikan telur dimasukkan sebiji kemudian dikacau sebati, dan masuk lagi sebiji, kacau lagi. Ulangi proses hingga telur habis)
Masukkan esen vanilla dan kacau lagi.
Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil diselang selikan dengan susu segar. Putar dengan perlahan hingga sebati.
Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Satu adunan dicampurkan dengan serbuk teh hijau. Adunan kedua, dicampurkan dengan pes coklat/koko dan satu bahagian lagi diwarnakan oren. (boleh juga diberi perisa/warna lain)
Tuangkan adunan ke dalam loyang secara berselang-seli.
Bakarlah sehingga masak selama lebih kurang 50 minit. Suhu panas oven bergantung pada jenis oven masing-masing. Sila adjust sendiri.
Sejukkan kek setelah masak. Kek akan menjadi lebih mesra jika disimpan selama 1-2 hari.Overall, kek ni mmg sedap, bertekstur padat tapi lembut dan gebu. Boleh cuba jika berminat yer.

10 SEBAB PENGHAPUS DOSA

Nash-nash al-Qur`an dan Sunnah telah menunjukkan bahwa hukuman dosa (siksa) dapat dihapuskan dari seorang hamba dengan sepuluh sebab berikut ini:


1. Taubat Nasuha.

Yaitu taubat yang sebenar-benarnya taubat, maka ia (taubat nasuha) dapat meleburkan dosa sebelumnya. Dan Allah Subhanahu Wata'ala Maha menerima taubat hamba-hambaNya yang mau bertaubat kepadaNya.

Dan orang yang bertaubat dari segala dosa bagaikan orang yang tidak memiliki dosa. Allah Subhanahu Wata'ala berfirman, artinya, “Dan Dialah yang menerima taubat dari hamba-hambaNya dan memaafkan kesalahan-kesalahan dan mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (QS. asy-Syura: 25).

Allah Subhanahu Wata'ala juga berfirman, artinya, “Orang-orang yang mengerjakan kejahatan, kemudian bertaubat sesudah itu dan beriman; sesungguhnya Tuhan kamu, sesudah taubat yang disertai dengan iman itu adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (QS. al-A’raf: 153).

2. Beristighfar.

Yaitu memohon ampunan kepada Allah Subhanahu Wata'ala. Sesungguhnya Allah akan mengampuni hamba-hambaNya yang meminta ampunan (beristighfar) kepadaNya. Allah Subhanahu Wata'ala berfirman, artinya, “Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan dan menganiaya dirinya, kemudian mohon ampun kepada Allah, niscaya ia mendapati Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (QS. an-Nisa`: 110).

Allah Subhanahu Wata'ala juga berfirman, artinya, “Dan Tidaklah (pula) Allah akan mengazab mereka, sedang mereka meminta ampun.” (QS. al-Anfal: 33).

Begitu juga Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda tentang apa yang beliau riwayatkan dari Rabbnya, artinya, “Wahai anak cucu Adam (manusia) seandainya dosa-dosamu setinggi awan di langit, lalu kamu meminta ampun kepadaKu, niscaya Aku akan mengampuni dosa-dosamu.” (HR. at-Tirmidzi, dan dia berkata, “Hadits hasan shahih.”

Allah Subhanahu Wata'ala juga berfirman dalam hadits qudsi, artinya, “Wahai hamba-hambaKu, sesungguhnya kalian melakukan kesalahan (dosa) di waktu malam dan siang hari, sedangkan Aku lah yang dapat mengampuni semua dosa, maka mohon ampunlah kalian kepadaKu niscaya Aku akan mengampuni dosa kalian.” (HR. Muslim).

3. Kebaikan-kebaikan menghapuskan dosa-dosa.

Seperti shalat, shadaqah, puasa, haji, membaca al-Qur`an, berdzikir kepada Allah, berdo’a, beristighfar, berbakti kepada kedua orang tua, menyambung silatur rahim, dan lain-lain. Allah Subhanahu Wata'ala berfirman, artinya, “Dan dirikanlah sembahyang itu pada kedua tepi siang (pagi dan petang) dan pada bahagian permulaan daripada malam. Sesungguhnya perbuatan-perbuatan yang baik itu menghapuskan (dosa) perbuatan-perbuatan yang buruk. Itulah peringatan bagi orang-orang yang ingat.” (QS. Huud: 114).

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda, “Shalat-shalat yang lima waktu, jum’at ke jum’at, ramadhan ke ramadhan dapat meleburkan dosa diantara keduanya apabila dosa-dosa besar dijauhkan.” (HR. Muslim).

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam juga bersabda, “Dan ikutilah perbuatan buruk/ kejahatan dengan perbuatan yang baik, niscaya dia menghapuskannya.” (HR. at-Tirmidzi dan dia menghasankannya).

Sesungguhnya satu kebaikan dilipat gandakan balasannya sampai sepuluh kali lipat, adapun keburukan akan dibalas yang serupa dengannya. Maka celakalah bagi orang yang berguguran (kalah) satu persatu dari sepuluh sebab tersebut.

4. Doa orang-orang yang beriman.

Maksudnya mereka memohon ampunan (kepada Allah, pen.) untuk orang yang beriman (lainnya) baik ketika hidup maupun setelah mati dan khususnya pada saat ketidak beradaannya (tanpa sepengetahuan orang yang didoakan, pen.) dan begitu juga doanya atas saudara-saudaranya yang telah meninggal dunia.

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda, “Doa seorang muslim untuk saudaranya yang tidak hadir (tanpa sepengetahuannya, pen.) adalah mustajab, di samping kepalanya terdapat malaikat, setiap dia berdoa untuk saudaranya dengan kebaikan, malaikat yang diutus berkata, ‘Amin, dan bagimu sepertinya (seperti orang yang didoakan, pen.).” (HR. Muslim).

5. Perbuatan-perbuatan baik yang dilakukan/ diniatkan untuk si mayyit .

Seperti shadaqah; puasa; haji; membebaskan budak; dan yang lainnya. Para ulama berpendapat, “Amal shalih apa pun (yang dapat mendekatkan diri kepada Allah) yang dia kerjakan dan dia peruntukkan pahalanya untuk seorang muslim baik yang masih hidup ataupun yang telah meninggal, maka hal itu bermanfaat baginya.” Dan yang lebih utama adalah mencukupkan dalam hal tersebut pada apa yang dijelaskan/ ditetapkan oleh nash-nash (al-Qur`an dan Sunnah).

6. Syafa’at Nabi Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam dan selainnya.

Maksudnya adalah bahwa Nabi shallallahu 'alaihi wasallam dan selain beliau akan memberikan syafa’at kepada orang-orang yang berbuat dosa pada hari Kiamat dengan izin Allah Subhanahu Wata'ala sebagaimana hal tersebut ditetapkan di dalam hadits-hadits shahih.

7. Musibah-musibah.

Dengannya lah Allah Subhanahu Wata'ala menghapuskan dosa-dosa atau kesalahan-kesalahan (yang dilakukan oleh hamba-hambaNya, pent.) di dunia sebagaimana yang telah dijelaskan dalam ash-Shahihain, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam;bersabda,

“Tidaklah orang yang beriman ditimpa penyakit yang terus menerus dan tidak pula rasa cemas, rasa sedih, rasa susah dan rasa sakit, sampai-sampai duri yang menusuk kecuali Allah menghapuskan dengannya dari dosa-dosa/ kesalahan-kesalahannya.” (HR. al-Bukhari dan Muslim).

8. Apa yang didapatkan oleh seorang hamba ketika di dalam kubur.

Yakni berupa fitnah, himpitan liang kubur, kengerian, maka ini semua di antara yang dapat menghapuskan dosa-dosa.

9. Rasa takut, kesusahan serta kengerian terhadap kedahsyatan hari kiamat.

10. Rahmat Allah Subhanahu Wata'ala

Sesungguhnya karena rahmat Allah Subhanahu Wata'ala, semua hamba mendapatkan maaf dan ampunanNya tanpa sebab, maka Dia lah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang, sebagaimana Dia berfirman, artinya, “Dan Dia mengampuni segala dosa yang selain dari (syirik) itu.” (QS. an-Nisa`: 48 dan 116).


Dan Dia lah yang Maha Penyayang kepada hamba-hambaNya melebihi sayangnya seorang ibu kepada anak-anaknya dan sungguh rahmat Allah Subhanahu Wata'ala meliputi segala sesuatu.(Abu Nabiel)

Saturday, July 9, 2011

20 AMALAN MEMURAHKAN REZEKI

Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya. Berdasarkan konsep rezeki, Allah memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat. Di antaranya:


1. Menyempatkan diri beribadah
Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi:
“Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.” (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)


2. Memperbanyak istighfar

Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah , yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba.

Sabda Nabi s.a.w.:
“Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Riwayat Ahmad,Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)

3.Tinggalkan perbuatan dosa
Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi s.a.w.:
“… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya.” (Riwayat at-Tirmizi)

4.Sentiasa ingat Allah
Banyak ingat Allah buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya:
“(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah . Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.” (Ar-Ra’d: 28)

5.Berbakti dan mendoakan ibu bapa
Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda s.a.w. juga bersabda:
“Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya.” (Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani,al-Asybahani dan al-Hakim)
Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki,
berdasarkan sabda Nabi s.a.w.:
“Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah ) daripadanya.” (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)

6.Berbuat baik dan menolong orang yang lemah
Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin,juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w.:
“Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.” (Riwayat Bukhari)

7.Tunaikan hajat orang lain
Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.:
“Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…” (Riwayat Muslim)

8.Banyak berselawat
Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat.
9.Buat kebajikan banyak-banyak
Ibnu Abbas berkata:
“Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain.Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.”

10.Berpagi-pagi
Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.

11.Menjalin silaturrahim
Nabi s.a.w. bersabda:
“Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.” (Riwayat Bukhari)

12.Melazimi kekal berwuduk
Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah . Baginda s.a.w. bersabda:
“Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki.” (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)

13.Bersedekah
Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam:
“Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.” (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.)

14.Melazimi solat malam (tahajud)
Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah

15.Melazimi solat Dhuha
Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah dalam hadis qudsi:
“Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.” (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)

16.Bersyukur kepada Allah
Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah . Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman:
“Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras.” (Ibrahim: 7) Firman-Nya lagi: “… dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” (Ali Imran: 145)

17.Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu
Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma’ul husna selain menenangkan, menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki. Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki. Salah satu nama Allah , al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca “Ya Allah ya Fattah” berulang-ulang, diiringi doa: “Ya Allah , bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya `Alim.” Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi’ah setiap malam, diatidak akan ditimpa kepapaan.

18.Berdoa
Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah , penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.

19.Berikhtiar sehabisnya
Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim)
Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya,hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.

20.Bertawakal
Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah . Firman-Nya:
“Barang siapa bertawakal kepada Allah , nescaya Allah mencukupkan(keperluannya) .” (At-Thalaq: 3)

Nabi s.a.w. bersabda: “Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattabr.a.)
Kesemua yang disebut di atas adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa. Dengan takwa, Allah akan beri “jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan) , dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya.” (At-Talaq: 2-3)

Pendek kata, bagi orang Islam, untuk murah rezeki dalam ertikata yang sebenarnya, kuncinya adalah buat amalan-amalan takwa. Amalan-amalan ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah , lalu Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.

Allahu aklam.