Tuesday, October 23, 2012

SALAM AIDILADHA


Selamat menyambut hari raya aidladha kepada semua

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Salawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, keluarga baginda dan sahabat-sahabat baginda.

Alhamdullillah marilah kita menunduk syukur kepada Allah SWT kerana memberi kita kesempatan untuk terus menikmati sambutan Hari Raya Aidil Adha pada tahun ini. Sesungguhnya marilah kita menyingkap disebalik nikmat yang diberi Allah ini dengan penuh keinsafan untuk kita memperbaiki diri kita supaya menjadi lebih baik dan tergolong dalam golongan orang-orang yang diredhai Allah SWT.

Pengajaran utama yang seharusnya kita contohi adalah semangat pengorbanan Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail bagi melaksanakan perintah Allah. Pengorbanan mereka berdua dalam melaksanakan perintah Allah merupakan contoh kepatuhan tertinggi seorang hamba kepada Penciptanya.

Semangat pengorbanan baginda seharusnya diinsafi dan dihayati di dalam setiap kegiatan kehidupan kita di dunia ini. Sebagai seorang pekerja proses penghayatan semangat Aidiladha boleh dilihat dalam konteks pengukuhan semangat pengorbanan dan ketaatan yang tidak berbelah bahagi kepada organisasi di dalam amalan dan penghayatan untuk menjadi kerja sebagai ibadah.

Pada hari ini juga, jutaan umat Islam mengunjungi Baitullah di kota Mekah untuk menunaikan ibadat haji. Pada hari ini juga, umat Islam mengadakan solat sunat hari raya di samping menyembelih binatang ternakan untuk dikorbankan. Ibadat haji dan korban sesungguhnya menuntut kepada pengorbanan.

Marilah kita sama-sama menghayati dan mencontohi pengorbanan Nabi Ibrahim a.s, kesabaran isterinya Siti Hajar dan ketaqwaan anaknya Nabi Ismail a.s sebagai sumber dorongan untuk kita menjadi pekerja dan ahli masyarakat yang lebih baik.

Salam Aidil Adha
 

Friday, September 21, 2012

BAKE WITH MOM'S KITCHEN.....(CAKES)

ASSALAMUALAIKUM......HARI NI NAK BERKONGSI BEBERAPA JENIS KEK  DARI AIR TANGAN "MOM'S KITCHEN"....HARAP2 ADA YG BERKENAN  DI HATI...SILA2 LA ORDER YE....



                       
                                           YG NI "AMERICAN CHOC CAKE"....KEK COKLAT YG DIBAKAR DAN MENGGUNAKAN TOPPING CHOC GANACHE....AMERICAN CHOC CAKE NI VERY RICH WITH CHOCOLATE.BERBEZA DGN MOIST CHOC CAKE BIASA YG DIKUKUS TU YG HANYA DIPERKAYA DGN SUSU PEKAT N SUSU CAIR SAHAJA.







OK...YG NI PULAK "STRAWBERRY CHOC CAKE".....KOMBINASI DUA PERASA COKLAT N STRAWBERRY....JUGA DIBAKAR



"BANANA CHOC CAKE".....KEK YG SEDAP DARI KOMBINASI RASA COKLAT DAN PISANG...MENGGUNAKAN PISANG BERANGAN YG SEGAR DARI LADANG...HEHEHE....TP WA CKP SAMA LU MEMANG SEDAP BG PENGGEMAR2 KEK PISANG LA...KALO DAH TAK GEMOR...KEK SEDAP MCM MANA PUN ORG AKAN KATA TAK SEDAP...BETUL TAK...?????




"MOIST CHOC CAKE"....KEK COKLAT MOIST YG DIKUKUS....DAN UTK PENGETAHUAN SEMUA...IANYA MENGGUNAKAN SEPENUHNYA BUTTER YE DAN COKLAT YG DIGUNAKAN UNTUK ADUNAN KEK BUKAN SERBUK KOKO TAPI COOKING CHOCOLATE...TAK GUNA MINYAK N AIR YE...TOPPING YG DIGUNAKAN PUN MENGGUNAKAN COOKING CHOCOLATE...TAK PAKAI SERBUK KOKO YG DIBANCUH DGN SUSU.......YG NI MEMANG "ORIGINAL MOIST CHOC CAKE"...MEMANG BERBALOI  NI WALAU PUN MAHAL SIKIT BAHAN2 NYA TETAPI SEDAP N PUAS HATI.TAK RUGI PUNYER....






HAHHHH YG NI "BLACK FOREST CAKE".....YG NI KALAU ORG YG BIASA MKN BLACK FOREST KAT KEDAI CAKE TU MACAM TU LE RASANYA...KALAU TAK PERCAYA TRY LE ORDER..TAPI TAK LE SESEDAP YG KAT "SR" TU...YG TU SEDAP TAPI BELUM TENTU HALALNYA SEPERTI JUGAK YG KAT KEDAI2 KEK YG LAIN TU...YG NI DAH TENTU HA..LAM ..ALIF..LAM..LAIN LA KALAU KEDAI KEK ORG ISLAM....TENTU DIJAMIN 100% KEHALALAN NYA YER DAK..???



".BANANA CAKE"...INI KEK PISANG BIASA JE YG KOSONG...YG NI DIBUAT MENGGUNAKAN PISANG BERANGAN JUGA....GEBU AJE....




MARBLE BUTTER CAKE.....KEK YG DIADUNKAN DGN BUTTER....YG NI PUN SEDAP DAN GEBU JE KEK NYA...TAK CAYA....???KALAU TAK PERCAYA....SILA LAH ORDER...




INI LAH DIA KEK2 PILIHAN YG DI CADANGKAN KALAU NAK MENEMPAH....BYK LAGI KEK2 NYA....TAPI CUKUP LA YG NI DULU YE...NANTI KITA SAMBUNG LAGI CERITA PASAL AIR TANGAN "MOM'S KITCHEN" NI KERANA MASA TAK MENGIZINKAN...DAH PETANG NI...NAK MENYEDIAKAN JUADAH PETANG UTK HUBBY TERCINTA N ANAK2 TERSAYANG....TATAAAA....SEHINGGA BERJUMPA LAGI...
ASSALAMUALAIKUM....

Thursday, September 20, 2012

BAKE WITH MOM'S KITCHEN....(COOKIES)


KALAU DAH START BUKAK BLOG DAH TAK LEH BERHENTI PULAK...HA NI NAK CERITA PASAL BISKUT2 RAYA DARI MOM'S KITCHEN...TENGOK2 LA YE....KALAU NAK ORDER,SILAKAN........






                                          







BISKUT  SAMPERIT





BISKUT ARAB



                                       BISKUT SUSU





TART NENAS






COKLAT CHIP ALA FAMOUS AMOS





BISKUT JEJARI OATS




                                      BISKUT SARANG SEMUT





BISKUT OATS





KUIH SIPUT

INI LAH HASIL AIR TANGAN DARI "MOM'S KITCHEN"......


SEMBANG PETANG SAMBIL MAKAN APAM

ASSALAMUALAIKUM...

LAMA JUGAK TAK MENJENGUK BLOG NI....TAK BERKESEMPATAN SEBENARNYA NAK MENJENGUK...SIBUK DGN MAJLIS2 ILMU BERSAMA KAWAN2...ALHAMDULILLAH..!!

SEPANJANG SYAWAL HARI TU SIBUK DGN OPEN HOUSE..JAMUAN SANA SINI...TAK PERGI TAK KENA JUGAK NANTI ORG KATA SOMBONG...JENGUK AJE LA SAMBIL MENJAMAH SERBA SEDIKIT HIDANGAN DIA ORG..JGN ORG KATA TAK SUDI PULAK...MAKLUM LA..PERUT NI BUKAN NYA ELOK SANGAT.

DAH HABIS SYAWAL... MENYIBUK KAN DIRI DENGAN MAJLIS2 ILMU SAMBIL MEMULAKAN KEMBALI "MOM'S KITCHEN" DGN MENERIMA TEMPAHAN KEK2 ATAU KUIH2 DARI KAWAN2.MUSIM RAYA HARI TU SIBUK JUGAK DGN BISKUT2 RAYA N KEK..TAPI TAK LARAT LA NAK BUAT BANYAK2..BUAT SIKIT2 JE ATAS PERMINTAAN KAWAN2 N ADIK BERADIK...ALHAMDULILLAH...


INILAH DIA HASIL AIR TANGAN DARI MOM'S KITCHEN.....




                                                      APAM TEPUNG BERAS....



Monday, August 27, 2012

KENANGAN TERINDAH

 
BERAYA DI KAMPUNG....






   
ANAK-ANAK BERMAIN BUNGA API DI KAMPUNG









SANAK SAUDARA DATANG BERKUNJUNG







MELAYAN TETAMU YG DATANG


Wednesday, August 8, 2012

SYILING

TINGG!

Wang syiling itu jatuh di hadapan seorang lelaki yg sedang asyik membancuh simen.
Melihat logam kecil itu,tangan lelaki itu terhenti melakukan kerja.
Tidak menunggu lama,tangannya segera mengutip syiling itu dan dimasukkan ke dalam poketnya.
Dia menyambung semula kerjanya.

TINGG!

Sekali lagi lelaki itu terpandang duit syiling tidak jauh dari sisinya.Lelaki itu menoleh ke kiri,kanan dan disekelilingnya.Tiada siapa yg berdekatan dengannya.Sekali lagi dia terus mengambil syiling itu dan menyimpan dalam koceknya.
Tidak lama kemudian,lelaki itu ternampak lagi duit syiling berdekatan dengannya.Pun sama,dia mengambil dan menyimpannya.
"Rezeki aku!" kata lelaki itu dalam hati.

Lelaki itu tidak sedar,logam syiling itu sebenarnya dicampakkan oleh ketuanya daripada aras lapan bangunan separuh siap yg mereka bina itu.
Sebenarnya ,ketuanya mahu memanggilnya.Ada pesanan yg mahu disampaikan ketuanya itu.Puas ketuanya menjerit daripada aras lapan,cuba memanggil lelaki itu yg berada pada aras paling bawah.

Namun,jeritan itu tidak mampu mengalahkan pelbagai bunyian mesin pembinaan di kawasan tersebut.Dek kerana itulah,ketuanya itu mencampakkan syilingnya dengan harapan lelaki itu akan mendongak melihatnya di atas.Mudah-mudahan,dapatlah dia menyampaikan pesananya kepada pekerjanya itu.

Sayangnya,sehingga habis wang syilingnya dibaling ke bawah,lelaki itu masih belum juga mendongak ke atas.

Lantas,ketuanya itu mengumpulkan serpihan batu kecil yg terdapat di lantai.Satu persatu batu kecil itu dibaling ke bawah.

Beberapa kali batu itu mengenai badan lelaki itu.Setelah merasa sakit dan terganggu,lelaki itu mendongak ke atas,melihat dari mana datangnya batu-batu kecil yg menyerangnya tadi.

Barulah dia ternampak kelibat ketuanya yg sejak tadi cuba mencuri perhatiannya bagi menyampaikan pesanan.

P/s : Sahabat sekalian,kisah ini sekadar tamsilan antara kita dengan Yang Maha Pencipta.Tanpa sedar,Allah sering menjatuhkan 'syiling' lambang rezeki,rahmat atau kesenangan yg tidak terkira banyak kepada kita.
Tuhan menjatuhkan 'syiling' itu sebagai satu panggilan agar kita sentiasa mendongak ke atas untuk mengingati dan bersyukur dengan kurniaan-Nya.Tetapi,kita acap kali lalai untuk 'mendongak' ke atas sebaliknya terus menikmati pemberian-Nya tanpa mengucapkan terima kasih.

Seperti kisah ketua dan pekerja tadi,apabila jatuhan syiling tidak berjaya menarik perhatian,lalu Dia jatuhkan pula 'batu' yg berupa musibah,kegagalan,keperitan dan pengalaman yg menyakitkan.
Dan hanya setelah kita merasa kesakitan itu,barulah kita teringat untuk mendongak,menadah tangan bersyukur mengingati Yang Maha Pencipta kita.

Sumber: # Mastika 

Friday, August 3, 2012

DOA DHUHA


DOA SETIAP KALI SOLAT DHUHA.SOLAT DHUHA SUNAT DILAKUKAN DIANTARA PUKUL 8 PAGI HINGGA 11 PAGI. INSYAALLAH MEMUDAHKAN KITA MEMPEROLEH REZEKI DARI ALLAH SWT
BILANGAN RAKAAT ADALAH 2 HINGGA 12 RAKAAT(2 RAKAAT 1 SALAM)
MINIMUM 2 RAKAAT
NIATNYA "SAHAJA AKU SOLAT SUNAT DHUHA 2 RAKAAT KERANA ALLAH TA'ALA
RAKAAT PERTAMA BACA SURAH ASH-SHAMS MANAKALA RAKAAT KEDUA BACA SURAH ADH DHUHA
SELEPAS MEMBERIKAN SALAM,BACA DOA DIDALAM VIDEO INI.SELAMAT BERAMAL
SEMOGA KITA DIANUGERAHKAN REZEKI HALAL YG MELIMPAH RUAH DARI ALLAH SWT

Thursday, August 2, 2012

DAPUR TAK BERASAP

Assalamualaikum.....
Hari ni rasa2nya dapur Mak Jemah tak berasap sebab dah jemu la hari2 masak dan tak tau nak masak apa dah. Agak2 boleh ke gitu..??? Kita tunggu petang sikit lagi ye masak ke tidak sudah nya.
Dalam fridge pun yang tinggal hanya daging dan ayam.Ayam pun dah tinggal separuh je.Apa yg nak dimasak dgn daging tu ye...semalam dah  masak ayam..ayam masak lemak.Daging....daging....oh daging apa harus aku lakukan dgn mu...hehehe..adoiiiii
Ha  tapi walau apa pun...masak ke tidak tu belakang kira...ni saja2 nak share resepi DAGING MASAK HITAM cara mudah n senang.Macam ni ye:

Daging Masak Hitam

Sekilo daging
4- 6 biji bwg besar (bergantung pd besar bwg...kalau besar2 guna la 4 biji je)  }
3 ulas bwg putih }
1 inci halia}                                            } SEMUA BAHAN2 NI DI KISAR
1 sudu kecil jintan manis}
1 sudu kecil jintan putih}
cili bo
kicap manis
kicap pekat(optional)
garam
gula
penumis 3 sekawan
bawang goreng

cara2nya:

Perap daging dengan kicap,cili bo dan bahan2 yg dikisar selama 1 jam.Tumis bahan penumis lepas tu masuk kan daging yg diperap td...masak sampai daging empuk n betul2 kering.Tambah garam n gula..kalau nak hitam lagi boleh tambah kicap pekat sikit.Akhir sekali masukkan bawang goreng agak2 segenggam....lagi byk bawang goreng lagi sedap.Siap umtuk di hidang kan...makan dgn nasi minyak atau lemang lagi sedap.
 

                                               
             GAMBAR NI BUKAN I PUNYA TAU...NI I GOOGLE JE..(kan I tgh fikir nak masak ke tidak)

Ok chow dulu ye...!!
                                   
Selamat mencuba le ye...Mak Jemah nak fikir2 balik ni...masak ke tidak....masak ke tidak...masak ke tidak..!!!

Monday, July 30, 2012

MENU HARI INI

Hari ni special request dari anak- anak  nak makan masak kicap ayam...hurmmmm senang jugak la...tak payah susah2 nak fikir menu apa utk hari ini.Ayam masak kicap yg simple tapi itu yg di sukai oleh anak2.
Bukan susah...cuma perlu ada:-
ayam
bawang merah,bawang putih(ditumbuk)
bawang besar(dipotong bulat)
halia(dihiris halus)
cili hijau(dibelah 2 )
kicap manis cap kipas udang
cili sos life
 garam
goreng ayam....tumis je semua bahan2 tu ....masuk kicap n cili sos...siappppppppppppp!!!!


                                         

Untuk hubby tersayang pulak (special request dari dia sebenarnya)....kueteow goreng ala2 mamak,konon2nya le....hahaha..apa rasanya entah la
Ni pun senang je:-

sebungkus kueteow
ayam(potong dadu)
tauhu goreng(potong dadu)
telur ayam (kena byk..saya letak 3 biji)
cili giling
cili sos
 kicap manis
serbuk kari daging(dlm 1 sudu besar)
kicap pekat
bawang merah
bawang putih
kucai n tauge
garam n gula
semuanya saya agak2 je sukatan nya -

tumis kan bawang2 dulu....masuk bhn2 cecair sama ngan rempah....bagi garing n biar msk betul baru masuk kan kueteow n sayur2 n tauhu...last sekali baru pecahkan telur ditengah2 kueteow...bg telur tu masak sikit baru kacau kan...siapppppp


                               
                                                         
Semua ni masak bodoh2 je....bukan nya pandai masak sangat,main hentam je ni...tambah2 pulak bulan puasa ni,entah apa la rasanya

Tapi walau macam mana pun Syukur Alhamdulillah kita di kurniakan rezeki oleh ALLAH.... dapat kita menikmati hidangan seperti ini....Amin !!!

~ BERBUKA DI KAMPUNG~

Hai...hai...hai...Salam Ramadhan yg ke-10,semoga kita dapat menunaikan  fardhu Ramadhan dgn penuh keimanan dan keberkatan. Akhirnya Sabtu baru2 ni dapat jugak berbuka puasa dgn bonda di kampung walaupun dlm keadaan tergesa2.Alhamdulillah disamping membawa juadah yg dimasak sendiri,sempat lagi menyinggah di bazar ramadhan membeli sedikit lauk dan kuih tambahan mengikut selera anak2 pulak.Apa yg  aku masak hari tu anak2 tak berapa suka.Semua tu makanan kegemaran bonda aku....hehehe.So,anak2 tunjuk aje la kat bazar ramadhan.Aku n hubby tak kisah.....semua pun sapu .                                                                                        
                                                                                                          


Ini la dia rupa rendang ayam yg di masak hari tu utk dimakan dgn nasi dagang...perghhhhh..memang sedapppp..Alhamdulillah






Ini pulak nasi dagang yg masih dlm proses mengukus kali pertama....proses mengukusnya kan 3 kali....jenuh nunggunya.Yg dah siap masak tak sempat nak snap photo dah packing masuk dlm kereta..nak cepat punya pasal lupa nak snap yg dah masak sbb udah lambat...msk nasi dagang nya lama beno.





Kek gula hangus tu memang sedap..kata bonda aku le..(ke atau saja nak ambil hati aku agaknya... hahaha).Tapi hubby pun kata sedap...Alhamdulillah semuanya menjadi seperti yg dirancang
Itu lah dia sehari berbuka puasa bersama2 bonda tercinta...kalau berkesempatan ingin lagi rasanya berpuasa dan berbuka di kampung bersama bonda..INSYAALLAH

Saturday, July 28, 2012

RAMADHAN

Assalamualaikum.....
   Diam tak diam dah seminggu kita  berpuasa di bulan ramadhan.Seminggu berlalu aku masih tak berkesempatan lagi utk  berbuka puasa dgn bonda tercinta. apa nak buat ...bukan tak mau tapi kesibukan hubby dgn studynya di OUM..dgn assignment nya..dan minggu ni pulak  sibuk dgn tesis nya..exam nya.apatah lagi tahun ni merupakan  final year pulak.sabo je la ye...~~
    Hari ni kalau berkesempatan tak kira la...lepas je hubby habis exam petang ni cadangnya nak jugak balik kampung berbuka dgn bonda tercinta...Menu petang ni pun dah siap dalam kepala...
kek gula hangus favourite my mom(adunan nya dah siap diperap...petang nanti kita bako je...)
rendang  ayam
homemade nasi dagang(beras nasi dagang pemberian abg aku yg dah lama tersimpan nunggu masa utk dimasak)
 acar timun
   Amacam...ok tak menu ni?Nak resepi...??
Ha resepi kek gula hangus ada di blog ni....rajin2 la selongkar ye.



KEK GULA HANGUS~~











Untuk nasi dagang pulak ni dia resepinya..Tapi saya tak buat la masak ikan tongkol tu...saya  buat rendang ayam je sbb nanti anak n mak tak makan ikan tongkol tu.....









NASI DAGANG

  • Untuk nasi dagang:
  • 1 kg beras nasi dagang-dibersihkan dan direndam selama 2 jam
  • 2 cawan santan cair *
  • 1 cawan pati santan *
  • 1 sudu teh halba
  • 7 biji bawang merah-dihiris
  • 2 cm halia-dihiris
  • 3 sudu teh gula
  • 1 sudu teh garam
  • *Santan mengikut jenis beras.Kalau perlu,tambahkan sikit santan mengikut kesesuaian.
  • Bahan untuk gulai ikan tongkol:
  • 3 cawan santan sederhana pekat
  • 2 keping asam gelugur
  • 1/2 ikan tongkol-dibersihkan dan dipotong ikut suka
  • 1 biji cili hijau
  • garam secukup rasa
  • 10 biji bawang merah *
  • 2 cm kunyit hidup *
  • 4 cm lengkuas *
  • 6 tangkai cili kering *
  • Bahan bertanda * dikisar halus
Cara-cara
  1. Untuk nasi-Panaskan air dlm periuk kukus hingga mendidih.Masukkan beras dan kukus selama setengah jam.
  2. Angkat nasi,masukkan 2 cawan santan cair dan gaul hingga sebati.Kukus semula selama setengah jam lagi.
  3. Angkat nasi sekali lagi dan masukkan pati santan,halba,bawang,halia,garam dan gula.Gaul sebati.
  4. Kukus semula selama 20 minit atau hingga nasi masak.
  5. Untuk lauknya-Panaskan santan dlm periuk.Setelah mendidih,masukkan bahan kisar.Biar mendidih sekali lagi.
  6. Masukkan asam gelugur dan garam secukup rasa.
  7. Akhir sekali masukkan ikan tongkol dan cili hijau.Biar hingga ikan betul2 masak.
  8. Angkat dan hidangkan bersama nasi dagang.
Ok la ye...selamat mencuba ye resepi nasi dagang ni...resepi ni pun saya share dari seorang kawan (PASTINYA ORANG TERENGGANU.. )
Selamat berpuasa ramadhan untuk semua semoga kita diberkati ALLAH dan segala amalan kita diterima oleh NYA...Amin...!!!!

Friday, July 27, 2012

KEK GULA HANGUS





Bahan2 nya
untuk gula hangus
1 cawan gula
1 cawan air panas
2 sudu teh butter
masak kan gula dalam kuali , Bila agak cair tuang air panas..hati hati ya,
then masuk kan butter, Kacau biar rata dan tidak berketul dan padam kan api..

4 biji telur ayam
1 cawan susu pekat
1 cawan tepung gandum di ayak bersama
2 sudu kecil soda bicarbornate
1 suduteh esen vanilla.

Cara
Pukul telur hingga kembang.
masuk kan susu pekat dan pukul lagi.
Masuk kan esen vanila.
Kemudian masuk kan tepung gandum yang telah di ayak bersama soda bicarb tadi. Bila
sudah rata,baru tuang kan gula hangus tadi.

Masuk kan ke dalam acuan yang telah di lenser dengar butter dan tepung gandum.
Biar kan dulu selama 3-4 jam dulu agar kek ni bersarang dulu .Jangan lupa di tutup acuan tu.
Bakar pada suhu 160c selama 60 minit. 11 minit terakhir hendak lah di pasang kan api atas bawah. Sejuk kan sebelum di potong.

BUBUR SUM-SUM



Thursday, July 26, 2012

MENGAPA PEREMPUAN MUDAH MENANGIS....

"Suatu ketika, seorang anak bertanya kepada ibunya, “Ibu, mengapa ibu menangis?” Ibunya menjawab, “Sebab ibu adalah perempuan, nak.” “Saya tak mengerti ibu,” kata si anak. Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat. “Nak, kau memang tak akan mengerti…”

Kemudian si anak bertanya kepada ayahnya. “Ayah, mengapa ibu menangis?” “Ibumu menangis tanpa sebab yang jelas.” sang ayah menjawab. “Semua perempuan memang sering menangis tanpa alasan.”

Si anak membesar menjadi remaja, dan dia tetap terus bertanya-tanya, mengapa perempuan menangis? Hingga pada suatu malam, ia bermimpi dan bertanya kepada Tuhan, “Ya Allah, mengapa perempuan mudah menangis?” Dalam mimpinya ia merasa seolah mendengar jawapannya:

“Saat Ku ciptakan wanita, aku membuatnya menjadi sangat utama. Ku ciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur.

“Ku berikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan bayi dari rahimnya, walau kerap berulangkali menerima cerca dari si bayi itu apabila ia telah membesar.

“Ku berikan keperkasaan yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah saat semua orang sudah putus asa.

“Ku berikan kesabaran jiwa untuk merawat keluarganya walau dia sendiri letih, walau sakit, walau penat, tanpa berkeluh kesah.

“Ku berikan wanita perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya dalam kondisi dan situasi apapun. Walau acapkali anak-anaknya itu melukai perasaan dan hatinya. Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada anak-anak yang mengantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat didekap dengan lembut olehnya.

“Ku berikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya melalui masa-masa sulit dan menjadi pelindung baginya. Sebab bukannya tulang rusuk yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak.

“Ku berikan kepadanya kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyedarkan bahwa suami yang baik adalah yang tak pernah melukai isterinya. Walau seringkali pula kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan saling menyayangi.

“Dan akhirnya, Ku berikan ia AIR MATA, agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus kepada wanita, agar dapat ia gunakan bila masa pun ia inginkan. Ini bukan kelemahan bagi wanita, kerana sebenarnya air mata ini adalah “air mata kehidupan.”

Tuesday, July 17, 2012

Sikap Bersangka Baik.




Sesiapa jua yang kita fikirkan, fikirlah yang baik-baik saja tentang dirinya walaupun dia musuh kita atau dia pernah menyakitkan hati kita.

Setiap hari kita akan berjumpa ratusan orang. Ada yang membuat kita menyampah, ada yang membuat kita suka.

Biasanya, kita akan lebih mengingati perangai mereka yang menyakitkan hati kita. Hati-hati dengan sikap sebegini sebab ia adalah racun kepada fikiran positif kita. Sikap begini membuat minda terlatih ke arah fikiran negatif.

Untuk mengubahnya, fikirlah hanya yang baik-baik tentang sesiapa saja walaupun kita tidak begitu gemar sikap atau tabiatnya.
 

Friday, June 29, 2012

KEMATIAN PADA MALAM PERKAHWINANNYA!




Selepas melaksanakan Solat Maghrib, dia mulakan make-up pada wajahnya, memakai pakaian pengantin putih yang cantik, mempersiapkan dirinya untuk majlis perkahwinannya sendiri, kemudian dia terdengar azan 'Isyak dan menyedari bahawa wuduknya telah terbatal. Lalu dia berkata kepada ibunya: "Mak, saya perlu ambil wuduk dulu dan solat 'Isyak "

Ibunya terkejut: "Apa kamu gila?!! Tetamu sedang menunggu, untuk melihat kamu! Bagaimana dengan make-up? ! Nanti habis dirosakkan oleh air."
Tambah ibunya lagi: "Sebagai ibu, mak tak izinkan kamu solat sekarang! Wallahi... jika kamu ambil wuduk sekarang, mak akan tetap memarahi kamu."
Anak perempuannya menjawab: "Wallahi... saya tidak akan pergi dari sini sehingga saya melakukan solat! Ibu sepatutnya tahu bahawa tidak ada ketaatan kepada mana-mana makhluk agar menderhaka kepada Maha Pencipta.!!”

Ibunya berkata: "Apa kata tetamu nanti jika kamu muncul dalam majlis perkahwinan sendiri tanpa make-up?! Tentu nampak hodoh atau tidak cantik di mata mereka! Mereka pasti akan mentertawakan kamu! "

Sambil tersenyum, anak perempuan itu bertanya: "Adakah ibu bimbang kerana saya tidak cantik di mata mereka? Bagaimana pula dengan Maha Pencipta saya? Saya bimbang kerana, jika saya terlepas solat saya, saya tidak lagi cantik di mata-Nya "

Dia mula berwuduk, dan semua make-up pada wajah telah hilang, tetapi dia tidak peduli.

Kemudian dia memulakan solat itu dan pada masa dia turun untuk sujud, dia tidak sedar bahawa ia akan menjadi satu sujud yang terakhir!

Ya! Beliau meninggal dunia ketika dalam sujud! Pengakhiran yang besar bagi Muslimah yang berkeras untuk mentaati Tuhannya! Ramai antara mereka yang mendengar cerita ini begitu tersentuh!!

Beliau mengutamakan Allah dan ketaatan kepadaNya sebagai yang pertama dalam keutamaan hidup beliau, jadi pengakhiran terbaik yang dianugerahkan oleh Allah pada mana-mana umat Islam yang layak memilikinya!

Dia mahu menjadi lebih dekat kepada-Nya, maka Allah mengambil nyawanya pada saat di mana umat Islam berada paling dekat kepada-Nya! SubhanAllah!

Dia tidak peduli jika dia tidak indah di mata makhluk, asalkan dia cantik pada Maha Pencipta!

Wahai saudari Muslimah, bayangkan jika anda berada di tempat itu! Apa yang anda akan lakukan? Apa yang anda akan pilih: pujian manusia atau Maha Pencipta?

Wahai sekelian insan! Adakah kita ada jaminan bahawa kita akan hidup untuk minit seterusnya? Jam? Atau bulan?!!
Tiada siapa tahu apabila saat mereka akan datang? Atau bila kita akan bertemu malaikat Maut? Jadi, adakah kita bersedia untuk saat itu?

Wahai muslimah! Apa yang anda pilih: bersantai tanpa hijab atau dirahmati Allah dengan memakai hijab?

Adakah kita bersedia untuk menemui Allah tanpa hijab?

Para Muslimin sekalian, yang mempunyai "hubungan halal" atau "hubungan bebas", adakah kita bersedia untuk menghadapi hari akhirat? Esok?! Apa yang anda pilih? keseronokan dunia sementara ini atau kesenangan di akhirat?!

Semoga Allah membimbing kita semua untuk keredhaan-Nya dan memberikan kepada semua orang yang membaca kisah ini mendapat pengakhiran yang baik, amin.

[Diceritakan oleh Syeikh ‘Abdul Mohsen al Ahmad’, ia berlaku di Abha (Ibu Negeri Asir di Arab Saudi)...

Tuesday, March 20, 2012

SABAR... REDHA... KUAT... TENANG... MENANGIS


SABAR:
Sabar Di Sebalik Kemarahan
Sabar Di Sebalik Ujian
Sabar Menyelesaikan Masalah



REDHA:
Redha Dengan Ketentuan-Nya
Redha Terhadap Takdir-Nya
Redha Di Sebalik Setiap Yang Terjadi
Yakin Pasti Ada Hikmah Yang Allah Beri...

KUAT:
Kuat Menghadapi Ujian
Kuat Melawan Nafsu Yang Tidak Baik
Kuat Mempertahankan Maruah Dan Agama
Kuat Menjalani Kehidupan Yang Penuh Berliku

TENANG:
Tenang Menghadapi Kehidupan Yang Penuh Dugaan
Tenang Apabila Orang Berkata-Kata Nista Kepada Kita
Tenang Apabila Diri DiKhianati
Tenang Apabila Hati Dilukai

MENANGIS:
Menangis Mengenangkan Dosa-Dosa Yang Lalu
Menangis Mengenangkan Kejahatan Dan Kesalahan Yang Lalu.

Saturday, March 17, 2012

DARI MANA SESUNGGUHNYA DATANGNYA CINTA...??

Ketika cinta datang dalam hatimu engkau dapat tersenyum meski hatimu terluka,Bahkan engkau menangis meski hatimu bahagia, Engkau menjadi terlena dalam merdunya nyanyian cinta, Karena engkau yakin cinta ada dalam hatimu.

Ketika pena cinta melukis dalam hatimu,Ia mampu memainkan warna diatas kanvas bahagia dan sedih, Melukisnya dengan sakit hati, cemburu,iri dan rindu,Namun hatimu tetap mengharapkannya,Itulah warna-warni indahnya lukisan cinta.

Ketika cinta telah datang dalam hatimu, Ia mampu memerahkan hati dan membutakan matamu, Menutup mata hatimu, membawamu melayang sesaat di dunia, Dan engkau tidak beranjak dipeluk merdunya angin bahagia semu, Melukis di kanvas kemewahan duniawi, mengejar kesuksesan hampa, Menguasai sisi gelap mata hatimu dengan kemegahannya, Itulah cinta karena manusia yang dibutakan nafsu materi.

Dari mana sesungguhnya datangnya cinta ?

Cinta adalah pesan agung Allah pada umat manusia, Ditulis-Nya ketika mencipta makhluk-makhluk-NYA di atas Arsy, Membawa ketulusan hati mengalahkan amarah, Meredam benci, mengubur iri dan dengki, Menuju kepatuhan dan pengabdian kepada Allah dan RasulNYA.

Saat pena cinta Illahi telah melukis hatimu, Satu jam mengagungkan asma-Nya, serasa satu menit saja, Setiap hentakan nafasmu adalah memuliakan nama-Nya, Cahaya cintaNya menjadi lentera bagi mata hatimu, Membawa ketundukan dan pengabdian tulus kepadaNYA, Menelusuri dan meneladani jalan para Rasul-NYA.

Namun saat api cinta Illahi dipadamkan oleh dorongan ego dan nafsumu, Alirannya memekatkan darahmu, membutakan mata hatimu dari kebenaran, Membawamu pada jalan kesesatan dan kerendahan.

Belajarlah cinta Illahi yang telah diajarkan Allah,Melalui alam semesta dengan kepatuhannya,Melalui thawafnya gugusan bintang, bulan dan matahari pada orbitnya, Yang tak pernah sedetikpun mau bergeser dari poros ketundukannya, Membawa keharmonisan yang berujung pada keabadian.

Belajarlah cinta Illahi yang telah diajarkan Allah, Karena disaat engkau merasakan agungnya cinta Illahi dalam dirimu, Engkau dapat mengubur perasaan iri,dengki dan amarah dalam dirimu, Menggantinya dengan perasaan empati bagi sesamamu,Mengalirkannya melalui kebaikan demi kebaikan bagi sesamamu.

Cintamu dapat merangkulmu dalam ketulusan ibadah kepadaNYA, Menjadi media amaliyah dalam ketundukan tulus pengabdian kepadaNYA,Menjadi penuntun kepatuhan pada ajaran para Rasul-Nya,Mewarnai kedamaian,kebahagiaan dan kekayaan jiwamu.

Belajarlah cinta yang telah diajarkan Allah, Karena Allah adalah kekasihmu yang abadi, DenganNya engkau akan merasakan kedamaian hati, Dengan cintaNYA engkau akan merasakan kebahagiaan sejati.

Belajarlah mencintai Allah setulusnya, maka Allahpun akan mencintaimu, Belajarlah hanya mengarahkan hatimu kepadaNya, maka Allahpun akan membimbingmu, Karena Allah adalah sumber cinta yang agung dan abadi, Itulah cinta tertinggi menuju kebahagiaan hakiki.

Saturday, March 10, 2012

BERDAMAI DENGAN MASA LALU

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
Catatan ini merupakan bentuk ungkapan cinta dan kasih sayangku terhadap sahabat-sahabatku semunya. Catatan ini pasti masih jauh dari sempurna. Mohon dimaklumi dan dibukakan pintu maafnya jika dalam catatan ini terdapat kekhilfan kata-kata yg kutulis, namanya saja baru belajar mengarang. hmmmm....*_*
Tiap orang pasti punya masa lalu.
Apakah masa Lalunya suram atau justru masa lalu yg membahagiakan
Tentu saja bagi mereka yang masa lalunya membahagikan, tidak timbul masalah
Masalah baru muncul di kemudian hari jika masa lalu kita itu suram
Pastinya kita ingin melupakan masa lalu itu
bahkan kalau bisa mau menghapus masa lalu kita yang suram itu
TAPI APA YANG TERJADI ??????
ternyata kita sulit melupakannya
makin kita berusaha untuk melupakannya
justru kita makin mengingat-ingatnya
akibatnya kita makin sedih
dan air mata tak kuasa kita bendung
SAHABATKU TERCINTA
Saat guru kita berkata "JANGAN BAYANGKAN GAJAH ITU BERWARNA MERAH !"
maka seketika itu justru kita membayangkan Gajah itu berwarna Merah
larangan membayangkan Gajah berwarna Merah, malah menimbulkan bayangan Gajah Merah
dalam Psikologi Analisa itu dinamakan teori rangsangan alam bawah sadar
BEGITU PULALAH DENGAN UPAYA KITA MELUPAKAN MASA LALU
makin kita berusaha melupakannya, maka ALAM BAWAH SADAR KITA langsung merespon sebaliknya
dan yang demikian itu tak ubahnya larangan guru kita untuk membayangkan Gajah Merah, maka justru kita membayangkannya Gajah berwarna Merah
Itu artinya tiap-tiap usaha kita untuk melupakan masa lalu pasti gagal
Masa lalu ternyata tak bisa dilupakan dengan cara melupakannya
Masa lalu tak bisa dibunuh dengan cara membunuhnya
cara-cara tersebut terbukti makin mengingatkan apa yg hendak kita lupakan
cara-cara tersebut terbukti makin membuat kita ingat semua kenangan yg hendak kita kubur dalam-dalam
cara-cara itu terbukti membuat luka hati kita makin menjadi-jadi
Lalu harus dengan cara yang bagaimanakah mengatasi persoalan kenangan masa lalu yg baik dan benar itu ??????????
SAHABATKU TERCINTA
Suatu ketika seorang guru memerintahkan supaya muridnya melihat lidah gurunya: "Lihat dan katakan apa yang kamu lihat wahai Muridku ?! Apakah kamu melihat gigiku ?". Lalu muridnya menjawab: "Tidak Guru, tak ada gigi yang tersisa". Kemudian gurunya bertanya lagi: "Kamu tahu sebabnya ?". Muridnya yg cerdas dan cantik itupun menjawab "Lidah tetap ada karena lunak, sedangkan gigi bisa rontok karena ia keras". Sang Guru itu kumudian menganggut-anggutkan kepala seraya berkata: "Itulah kebijaksanaan hidup wahai Muridku. Tidak ada sesuatupun di dunia ini yg selunak air, namun tidak ada yg menggunggulinya dalam mengalahkan keras. Yang lunak mengalahkan yang keras dan yang lembut mengalahkan yg kuat. Setiap orang tahu itu, tapi sedikit saja yg mempraktikkannya".
Begitupun dengan masa lalu kita
upaya paksa untuk melupakan masa lalu tergolong tindak kekerasan
pemaksaan terhadap apapun hanya akan menimbulkan madharat
makin kita paksa untuk melupakannya, kita makin tak kuat menahan beban masa lalu
ujung-ujungnya kita yang kalah persis dlm tamsil lidah daan gigi sebagaimana gambaran di atas
kita akhirnya menyerah dan menangis mengenang masa lalu
karena itu kita mesti menyelesaikaannya dengan pendekataan yg lunak dan lembut
Itulah HIKMAH
SAHABATKU TERCINTA
Masa lalu bukan untuk dilupakan
Masa lalu adalah modal yg sangat berharga
dengan bermodalkan masa lalu, kita ambil HIKMAHNYA
dengan bermodalkan masa lalu, kita ambil PELAJARANNYA
sekalipun peristiwa masa lalu kita itu buruk
Tetap saja peristiwa itu mengandung HIKMAH didalamnya
hanya saja, kita mau mengambil HIKMAH itu apa tidak ?
Asalkan kita bisa mengambil HIKMAHNYA, pasti jiwa kita akan tenang
Tiap kali peristiwa masa lalu yg buruk itu muncul kembali
maka seketika itu pula cobalah ambil HIKMAHNYA kembali
tiap datang kenangan itu, tiap kali itu pula cari HIKMAHNYA
CARI HIKMAH. CARI HIKMAHNYA. BEGITU TERUS MENERUS jika tiap kali datang kenangan
hanya dengan cara itu jiwa akan menjadi tenang dan damai
Biarkan masa lalumu HADIR DAN MENGALIR
seiring dengan perjalanan waktu
tanpa usah Kau lupakan, masa lalumu itu berangsur-angsur terlupakan dengan sendirinya
tanpa usah Kau bunuh, masa lalumu itu berangsur-angsur terbunuh dengan sendirinya
"Sungguh dalam kisah itu terdapat pelajaran bagi mereka yang menggunakaan akalnya" QS.12:111
MAHA BENAR ALLAH DENGAN SEGALA FIRMANNYA
QS.12:111 di atas memberikan isyarat kepada kita
agar dalam memperlakukan masa lalu mesti dengan cara bijak penuh kelembutan
Karena sesungguhnya di dalam kisah peristiwa masa lalu itu, terdapat PELAJARAN bagi yg mau mengambilnya
Sungguh masa lalu itu penuh pelajaran berharga
berbekal dari masa lalu itu, kita bangun hidup baru
HIDUP YANG PENUH SENYUM KARENA SUDAH MAMPU MENAKLUKAN MASA LALU
hmmmmmm..... damainya hati ini jika bisa berdamai dengan masa lalu
DAMAI-DAMAI SEDAMAI-DAMAINYA

TAK DE CERITA...

ASSALAMUALAIKUM....
LAMA NYA TAK MENJENGUK BLOG AKU NI...HUHU....KESIAN DIA...TUAN BLOG NYA SIBUK MEMASAK DAN BELAJAR MEMASAK TAK ABIS2 SAMPAI TAKDE MASA NAK MENULIS DI BLOG NI...EMMMM AGAK2 APA PULAK NAK MASAK HARI NI YE...CUTI SEKOLAH PUN DAH BERMULA,HUBBY DAN ANAK2 ADA DIRUMAH..ISHHH RASA NYA MALAS PULAK NAK MASAK..NAK BEREHAT DARI MEMASAK JEMU PULAK MAKAN MASAKAN SENDIRI DAH...AGAK2 BOLEH TAK NAK RASA MASAKAN ORG LAIN PULAK...KEKEKEKE AMACAM SURUH HUBBY LAK YG MASAK...ACTUALLY MY HUBBY MEMANG PANDAI MASAK....DULU MASA AKU KERJA....DIA LA YG MASAK..BALIK2 DAH TERHIDANG JE...SYUKUR ALHAMDULILLAH DIKURNIAKAN HUBBY YG PENYAYANG DAN RAJIN PULAK TU....BANYAK MEMBANTU AKU DLM KERJA2
HARIAN KU..OPPPSSSS DAH LARI DARI TAJUK PULAK CERITA AKU NI....KITA TADI CERITA PASAL MASAK KAN..?CADANG NYA NAK MASAK JUGAK LA HARI NI..MEMANDANG KAN HUBBY PUN ADA CLASS KAT OUM SAMPAI PETANG...NAK TAK NAK KENA MASAK JUGAK..NAK KELUAR MALAS PULAK..CUACA SEJUK2 NI RASA NAK BERLINGKAR ATAS KATIL JE SAMBIL MEMBACA NOVEL.NOVEL PUN MASIH ADA 2-3 BUAH LAGI TAK DIBACA...ADOIIIIIII!!!BILA NAK MULA NI...TAPI BILA DAH MULA MEMBACA NANTI EMMMM TAK JADI KERJA LA JAWABNYA....BAIK KITA MASAK DULU...JOMMMMMMM..SEHINGGA BERTEMU LAGI...DAAAAAA...

HA AMACAM KALAU KITA BUAT ROTI HARI NI....
SEDAP JUGAK BUAT KUDAPAN PETANG2 NANTI...