Monday, August 27, 2012

KENANGAN TERINDAH

 
BERAYA DI KAMPUNG....






   
ANAK-ANAK BERMAIN BUNGA API DI KAMPUNG









SANAK SAUDARA DATANG BERKUNJUNG







MELAYAN TETAMU YG DATANG


Wednesday, August 8, 2012

SYILING

TINGG!

Wang syiling itu jatuh di hadapan seorang lelaki yg sedang asyik membancuh simen.
Melihat logam kecil itu,tangan lelaki itu terhenti melakukan kerja.
Tidak menunggu lama,tangannya segera mengutip syiling itu dan dimasukkan ke dalam poketnya.
Dia menyambung semula kerjanya.

TINGG!

Sekali lagi lelaki itu terpandang duit syiling tidak jauh dari sisinya.Lelaki itu menoleh ke kiri,kanan dan disekelilingnya.Tiada siapa yg berdekatan dengannya.Sekali lagi dia terus mengambil syiling itu dan menyimpan dalam koceknya.
Tidak lama kemudian,lelaki itu ternampak lagi duit syiling berdekatan dengannya.Pun sama,dia mengambil dan menyimpannya.
"Rezeki aku!" kata lelaki itu dalam hati.

Lelaki itu tidak sedar,logam syiling itu sebenarnya dicampakkan oleh ketuanya daripada aras lapan bangunan separuh siap yg mereka bina itu.
Sebenarnya ,ketuanya mahu memanggilnya.Ada pesanan yg mahu disampaikan ketuanya itu.Puas ketuanya menjerit daripada aras lapan,cuba memanggil lelaki itu yg berada pada aras paling bawah.

Namun,jeritan itu tidak mampu mengalahkan pelbagai bunyian mesin pembinaan di kawasan tersebut.Dek kerana itulah,ketuanya itu mencampakkan syilingnya dengan harapan lelaki itu akan mendongak melihatnya di atas.Mudah-mudahan,dapatlah dia menyampaikan pesananya kepada pekerjanya itu.

Sayangnya,sehingga habis wang syilingnya dibaling ke bawah,lelaki itu masih belum juga mendongak ke atas.

Lantas,ketuanya itu mengumpulkan serpihan batu kecil yg terdapat di lantai.Satu persatu batu kecil itu dibaling ke bawah.

Beberapa kali batu itu mengenai badan lelaki itu.Setelah merasa sakit dan terganggu,lelaki itu mendongak ke atas,melihat dari mana datangnya batu-batu kecil yg menyerangnya tadi.

Barulah dia ternampak kelibat ketuanya yg sejak tadi cuba mencuri perhatiannya bagi menyampaikan pesanan.

P/s : Sahabat sekalian,kisah ini sekadar tamsilan antara kita dengan Yang Maha Pencipta.Tanpa sedar,Allah sering menjatuhkan 'syiling' lambang rezeki,rahmat atau kesenangan yg tidak terkira banyak kepada kita.
Tuhan menjatuhkan 'syiling' itu sebagai satu panggilan agar kita sentiasa mendongak ke atas untuk mengingati dan bersyukur dengan kurniaan-Nya.Tetapi,kita acap kali lalai untuk 'mendongak' ke atas sebaliknya terus menikmati pemberian-Nya tanpa mengucapkan terima kasih.

Seperti kisah ketua dan pekerja tadi,apabila jatuhan syiling tidak berjaya menarik perhatian,lalu Dia jatuhkan pula 'batu' yg berupa musibah,kegagalan,keperitan dan pengalaman yg menyakitkan.
Dan hanya setelah kita merasa kesakitan itu,barulah kita teringat untuk mendongak,menadah tangan bersyukur mengingati Yang Maha Pencipta kita.

Sumber: # Mastika 

Friday, August 3, 2012

DOA DHUHA


DOA SETIAP KALI SOLAT DHUHA.SOLAT DHUHA SUNAT DILAKUKAN DIANTARA PUKUL 8 PAGI HINGGA 11 PAGI. INSYAALLAH MEMUDAHKAN KITA MEMPEROLEH REZEKI DARI ALLAH SWT
BILANGAN RAKAAT ADALAH 2 HINGGA 12 RAKAAT(2 RAKAAT 1 SALAM)
MINIMUM 2 RAKAAT
NIATNYA "SAHAJA AKU SOLAT SUNAT DHUHA 2 RAKAAT KERANA ALLAH TA'ALA
RAKAAT PERTAMA BACA SURAH ASH-SHAMS MANAKALA RAKAAT KEDUA BACA SURAH ADH DHUHA
SELEPAS MEMBERIKAN SALAM,BACA DOA DIDALAM VIDEO INI.SELAMAT BERAMAL
SEMOGA KITA DIANUGERAHKAN REZEKI HALAL YG MELIMPAH RUAH DARI ALLAH SWT

Thursday, August 2, 2012

DAPUR TAK BERASAP

Assalamualaikum.....
Hari ni rasa2nya dapur Mak Jemah tak berasap sebab dah jemu la hari2 masak dan tak tau nak masak apa dah. Agak2 boleh ke gitu..??? Kita tunggu petang sikit lagi ye masak ke tidak sudah nya.
Dalam fridge pun yang tinggal hanya daging dan ayam.Ayam pun dah tinggal separuh je.Apa yg nak dimasak dgn daging tu ye...semalam dah  masak ayam..ayam masak lemak.Daging....daging....oh daging apa harus aku lakukan dgn mu...hehehe..adoiiiii
Ha  tapi walau apa pun...masak ke tidak tu belakang kira...ni saja2 nak share resepi DAGING MASAK HITAM cara mudah n senang.Macam ni ye:

Daging Masak Hitam

Sekilo daging
4- 6 biji bwg besar (bergantung pd besar bwg...kalau besar2 guna la 4 biji je)  }
3 ulas bwg putih }
1 inci halia}                                            } SEMUA BAHAN2 NI DI KISAR
1 sudu kecil jintan manis}
1 sudu kecil jintan putih}
cili bo
kicap manis
kicap pekat(optional)
garam
gula
penumis 3 sekawan
bawang goreng

cara2nya:

Perap daging dengan kicap,cili bo dan bahan2 yg dikisar selama 1 jam.Tumis bahan penumis lepas tu masuk kan daging yg diperap td...masak sampai daging empuk n betul2 kering.Tambah garam n gula..kalau nak hitam lagi boleh tambah kicap pekat sikit.Akhir sekali masukkan bawang goreng agak2 segenggam....lagi byk bawang goreng lagi sedap.Siap umtuk di hidang kan...makan dgn nasi minyak atau lemang lagi sedap.
 

                                               
             GAMBAR NI BUKAN I PUNYA TAU...NI I GOOGLE JE..(kan I tgh fikir nak masak ke tidak)

Ok chow dulu ye...!!
                                   
Selamat mencuba le ye...Mak Jemah nak fikir2 balik ni...masak ke tidak....masak ke tidak...masak ke tidak..!!!