Tuesday, October 23, 2012

SALAM AIDILADHA


Selamat menyambut hari raya aidladha kepada semua

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Salawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, keluarga baginda dan sahabat-sahabat baginda.

Alhamdullillah marilah kita menunduk syukur kepada Allah SWT kerana memberi kita kesempatan untuk terus menikmati sambutan Hari Raya Aidil Adha pada tahun ini. Sesungguhnya marilah kita menyingkap disebalik nikmat yang diberi Allah ini dengan penuh keinsafan untuk kita memperbaiki diri kita supaya menjadi lebih baik dan tergolong dalam golongan orang-orang yang diredhai Allah SWT.

Pengajaran utama yang seharusnya kita contohi adalah semangat pengorbanan Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail bagi melaksanakan perintah Allah. Pengorbanan mereka berdua dalam melaksanakan perintah Allah merupakan contoh kepatuhan tertinggi seorang hamba kepada Penciptanya.

Semangat pengorbanan baginda seharusnya diinsafi dan dihayati di dalam setiap kegiatan kehidupan kita di dunia ini. Sebagai seorang pekerja proses penghayatan semangat Aidiladha boleh dilihat dalam konteks pengukuhan semangat pengorbanan dan ketaatan yang tidak berbelah bahagi kepada organisasi di dalam amalan dan penghayatan untuk menjadi kerja sebagai ibadah.

Pada hari ini juga, jutaan umat Islam mengunjungi Baitullah di kota Mekah untuk menunaikan ibadat haji. Pada hari ini juga, umat Islam mengadakan solat sunat hari raya di samping menyembelih binatang ternakan untuk dikorbankan. Ibadat haji dan korban sesungguhnya menuntut kepada pengorbanan.

Marilah kita sama-sama menghayati dan mencontohi pengorbanan Nabi Ibrahim a.s, kesabaran isterinya Siti Hajar dan ketaqwaan anaknya Nabi Ismail a.s sebagai sumber dorongan untuk kita menjadi pekerja dan ahli masyarakat yang lebih baik.

Salam Aidil Adha
 

Friday, September 21, 2012

BAKE WITH MOM'S KITCHEN.....(CAKES)

ASSALAMUALAIKUM......HARI NI NAK BERKONGSI BEBERAPA JENIS KEK  DARI AIR TANGAN "MOM'S KITCHEN"....HARAP2 ADA YG BERKENAN  DI HATI...SILA2 LA ORDER YE....



                       
                                           YG NI "AMERICAN CHOC CAKE"....KEK COKLAT YG DIBAKAR DAN MENGGUNAKAN TOPPING CHOC GANACHE....AMERICAN CHOC CAKE NI VERY RICH WITH CHOCOLATE.BERBEZA DGN MOIST CHOC CAKE BIASA YG DIKUKUS TU YG HANYA DIPERKAYA DGN SUSU PEKAT N SUSU CAIR SAHAJA.







OK...YG NI PULAK "STRAWBERRY CHOC CAKE".....KOMBINASI DUA PERASA COKLAT N STRAWBERRY....JUGA DIBAKAR



"BANANA CHOC CAKE".....KEK YG SEDAP DARI KOMBINASI RASA COKLAT DAN PISANG...MENGGUNAKAN PISANG BERANGAN YG SEGAR DARI LADANG...HEHEHE....TP WA CKP SAMA LU MEMANG SEDAP BG PENGGEMAR2 KEK PISANG LA...KALO DAH TAK GEMOR...KEK SEDAP MCM MANA PUN ORG AKAN KATA TAK SEDAP...BETUL TAK...?????




"MOIST CHOC CAKE"....KEK COKLAT MOIST YG DIKUKUS....DAN UTK PENGETAHUAN SEMUA...IANYA MENGGUNAKAN SEPENUHNYA BUTTER YE DAN COKLAT YG DIGUNAKAN UNTUK ADUNAN KEK BUKAN SERBUK KOKO TAPI COOKING CHOCOLATE...TAK GUNA MINYAK N AIR YE...TOPPING YG DIGUNAKAN PUN MENGGUNAKAN COOKING CHOCOLATE...TAK PAKAI SERBUK KOKO YG DIBANCUH DGN SUSU.......YG NI MEMANG "ORIGINAL MOIST CHOC CAKE"...MEMANG BERBALOI  NI WALAU PUN MAHAL SIKIT BAHAN2 NYA TETAPI SEDAP N PUAS HATI.TAK RUGI PUNYER....






HAHHHH YG NI "BLACK FOREST CAKE".....YG NI KALAU ORG YG BIASA MKN BLACK FOREST KAT KEDAI CAKE TU MACAM TU LE RASANYA...KALAU TAK PERCAYA TRY LE ORDER..TAPI TAK LE SESEDAP YG KAT "SR" TU...YG TU SEDAP TAPI BELUM TENTU HALALNYA SEPERTI JUGAK YG KAT KEDAI2 KEK YG LAIN TU...YG NI DAH TENTU HA..LAM ..ALIF..LAM..LAIN LA KALAU KEDAI KEK ORG ISLAM....TENTU DIJAMIN 100% KEHALALAN NYA YER DAK..???



".BANANA CAKE"...INI KEK PISANG BIASA JE YG KOSONG...YG NI DIBUAT MENGGUNAKAN PISANG BERANGAN JUGA....GEBU AJE....




MARBLE BUTTER CAKE.....KEK YG DIADUNKAN DGN BUTTER....YG NI PUN SEDAP DAN GEBU JE KEK NYA...TAK CAYA....???KALAU TAK PERCAYA....SILA LAH ORDER...




INI LAH DIA KEK2 PILIHAN YG DI CADANGKAN KALAU NAK MENEMPAH....BYK LAGI KEK2 NYA....TAPI CUKUP LA YG NI DULU YE...NANTI KITA SAMBUNG LAGI CERITA PASAL AIR TANGAN "MOM'S KITCHEN" NI KERANA MASA TAK MENGIZINKAN...DAH PETANG NI...NAK MENYEDIAKAN JUADAH PETANG UTK HUBBY TERCINTA N ANAK2 TERSAYANG....TATAAAA....SEHINGGA BERJUMPA LAGI...
ASSALAMUALAIKUM....

Thursday, September 20, 2012

BAKE WITH MOM'S KITCHEN....(COOKIES)


KALAU DAH START BUKAK BLOG DAH TAK LEH BERHENTI PULAK...HA NI NAK CERITA PASAL BISKUT2 RAYA DARI MOM'S KITCHEN...TENGOK2 LA YE....KALAU NAK ORDER,SILAKAN........






                                          







BISKUT  SAMPERIT





BISKUT ARAB



                                       BISKUT SUSU





TART NENAS






COKLAT CHIP ALA FAMOUS AMOS





BISKUT JEJARI OATS




                                      BISKUT SARANG SEMUT





BISKUT OATS





KUIH SIPUT

INI LAH HASIL AIR TANGAN DARI "MOM'S KITCHEN"......


SEMBANG PETANG SAMBIL MAKAN APAM

ASSALAMUALAIKUM...

LAMA JUGAK TAK MENJENGUK BLOG NI....TAK BERKESEMPATAN SEBENARNYA NAK MENJENGUK...SIBUK DGN MAJLIS2 ILMU BERSAMA KAWAN2...ALHAMDULILLAH..!!

SEPANJANG SYAWAL HARI TU SIBUK DGN OPEN HOUSE..JAMUAN SANA SINI...TAK PERGI TAK KENA JUGAK NANTI ORG KATA SOMBONG...JENGUK AJE LA SAMBIL MENJAMAH SERBA SEDIKIT HIDANGAN DIA ORG..JGN ORG KATA TAK SUDI PULAK...MAKLUM LA..PERUT NI BUKAN NYA ELOK SANGAT.

DAH HABIS SYAWAL... MENYIBUK KAN DIRI DENGAN MAJLIS2 ILMU SAMBIL MEMULAKAN KEMBALI "MOM'S KITCHEN" DGN MENERIMA TEMPAHAN KEK2 ATAU KUIH2 DARI KAWAN2.MUSIM RAYA HARI TU SIBUK JUGAK DGN BISKUT2 RAYA N KEK..TAPI TAK LARAT LA NAK BUAT BANYAK2..BUAT SIKIT2 JE ATAS PERMINTAAN KAWAN2 N ADIK BERADIK...ALHAMDULILLAH...


INILAH DIA HASIL AIR TANGAN DARI MOM'S KITCHEN.....




                                                      APAM TEPUNG BERAS....



Monday, August 27, 2012

KENANGAN TERINDAH

 
BERAYA DI KAMPUNG....






   
ANAK-ANAK BERMAIN BUNGA API DI KAMPUNG









SANAK SAUDARA DATANG BERKUNJUNG







MELAYAN TETAMU YG DATANG


Wednesday, August 8, 2012

SYILING

TINGG!

Wang syiling itu jatuh di hadapan seorang lelaki yg sedang asyik membancuh simen.
Melihat logam kecil itu,tangan lelaki itu terhenti melakukan kerja.
Tidak menunggu lama,tangannya segera mengutip syiling itu dan dimasukkan ke dalam poketnya.
Dia menyambung semula kerjanya.

TINGG!

Sekali lagi lelaki itu terpandang duit syiling tidak jauh dari sisinya.Lelaki itu menoleh ke kiri,kanan dan disekelilingnya.Tiada siapa yg berdekatan dengannya.Sekali lagi dia terus mengambil syiling itu dan menyimpan dalam koceknya.
Tidak lama kemudian,lelaki itu ternampak lagi duit syiling berdekatan dengannya.Pun sama,dia mengambil dan menyimpannya.
"Rezeki aku!" kata lelaki itu dalam hati.

Lelaki itu tidak sedar,logam syiling itu sebenarnya dicampakkan oleh ketuanya daripada aras lapan bangunan separuh siap yg mereka bina itu.
Sebenarnya ,ketuanya mahu memanggilnya.Ada pesanan yg mahu disampaikan ketuanya itu.Puas ketuanya menjerit daripada aras lapan,cuba memanggil lelaki itu yg berada pada aras paling bawah.

Namun,jeritan itu tidak mampu mengalahkan pelbagai bunyian mesin pembinaan di kawasan tersebut.Dek kerana itulah,ketuanya itu mencampakkan syilingnya dengan harapan lelaki itu akan mendongak melihatnya di atas.Mudah-mudahan,dapatlah dia menyampaikan pesananya kepada pekerjanya itu.

Sayangnya,sehingga habis wang syilingnya dibaling ke bawah,lelaki itu masih belum juga mendongak ke atas.

Lantas,ketuanya itu mengumpulkan serpihan batu kecil yg terdapat di lantai.Satu persatu batu kecil itu dibaling ke bawah.

Beberapa kali batu itu mengenai badan lelaki itu.Setelah merasa sakit dan terganggu,lelaki itu mendongak ke atas,melihat dari mana datangnya batu-batu kecil yg menyerangnya tadi.

Barulah dia ternampak kelibat ketuanya yg sejak tadi cuba mencuri perhatiannya bagi menyampaikan pesanan.

P/s : Sahabat sekalian,kisah ini sekadar tamsilan antara kita dengan Yang Maha Pencipta.Tanpa sedar,Allah sering menjatuhkan 'syiling' lambang rezeki,rahmat atau kesenangan yg tidak terkira banyak kepada kita.
Tuhan menjatuhkan 'syiling' itu sebagai satu panggilan agar kita sentiasa mendongak ke atas untuk mengingati dan bersyukur dengan kurniaan-Nya.Tetapi,kita acap kali lalai untuk 'mendongak' ke atas sebaliknya terus menikmati pemberian-Nya tanpa mengucapkan terima kasih.

Seperti kisah ketua dan pekerja tadi,apabila jatuhan syiling tidak berjaya menarik perhatian,lalu Dia jatuhkan pula 'batu' yg berupa musibah,kegagalan,keperitan dan pengalaman yg menyakitkan.
Dan hanya setelah kita merasa kesakitan itu,barulah kita teringat untuk mendongak,menadah tangan bersyukur mengingati Yang Maha Pencipta kita.

Sumber: # Mastika 

Friday, August 3, 2012

DOA DHUHA


DOA SETIAP KALI SOLAT DHUHA.SOLAT DHUHA SUNAT DILAKUKAN DIANTARA PUKUL 8 PAGI HINGGA 11 PAGI. INSYAALLAH MEMUDAHKAN KITA MEMPEROLEH REZEKI DARI ALLAH SWT
BILANGAN RAKAAT ADALAH 2 HINGGA 12 RAKAAT(2 RAKAAT 1 SALAM)
MINIMUM 2 RAKAAT
NIATNYA "SAHAJA AKU SOLAT SUNAT DHUHA 2 RAKAAT KERANA ALLAH TA'ALA
RAKAAT PERTAMA BACA SURAH ASH-SHAMS MANAKALA RAKAAT KEDUA BACA SURAH ADH DHUHA
SELEPAS MEMBERIKAN SALAM,BACA DOA DIDALAM VIDEO INI.SELAMAT BERAMAL
SEMOGA KITA DIANUGERAHKAN REZEKI HALAL YG MELIMPAH RUAH DARI ALLAH SWT