Monday, October 31, 2011

AMERICAN CHOC CAKE


American chocolate cake~ Kek kaya dengan coklat


Loyang 8" bulat (bahan di bawah adalah separuh dari resepi asal)

Bahan A:
10g coklat emulco - ku guna 1/2sb coklat emulco + 1/4st coffee emulco (UPDATE 9 Sept 2011: bukan 1sb tp 1/2sb)
25g serbuk koko
100ml @ 100g air suam
***Bahan di atas dicampur dan diketepikan.

Bahan B:
125g butter, keluarkan 10 minit sebelum mula projek dan potong dadu utk lebih mudah dipukul
150g gula kastor
1/4st garam - leh abaikan kalau guna butter bergaram

Bahan C:
2 biji telur Gred A
1/2st esen vanila
***Bahan di atas campur dalam satu mangkuk dan pukul sikit dengan garfu untuk sebati. Ketepikan.

Bahan D:
125g tepung superfine - tepung kek pun boleh. Darurat tepung gandum pun boleh cuma tekstur tak sehalus tepung superfine/kek
1/4st soda bikarbonat
1/2st baking powder
***Bahan di atas diayak dalam satu mangkuk besar. Ketepikan.

Cara:
1. Pukul Bahan B hingga kembang, gebu, lemak berkrim dan kelihatan sedikit pucat.
2. Masukkan Bahan C sambil dipukul rata.
3. Masukkan Bahan A, diselang selikan dengan Bahan D. Gaul sekata guna mixer (pastikan tepi-tepi mangkuk mixer pun di'scrap' sekali sekala.)
4, Tuangkan campuran dalam loyang bulat 8" dan telah digris dengan butter dan dialas baking paper (ku guna non-stick baking paper dan juga digris sedikit untuk lebih mudah dikeluarkan nanti).
5. Bakar 180C, 40-50 minit atau hingga lidi dicucuk di tengah kek keluar kering.
6. Sejukkan kek atas redai kek, kemudian hiaskan dengan ganache.

Ganache:
150g whipping cream@fresh cream - ku guna fresh cream, jadi ia manis
150g coklat masakan, dicincang - Dicadang supaya guna semi-sweet atau bittersweet terutama kalau guna fresh cream, sebab keknya ngam-ngam manis, jadi seeloknya topping jangan manis sangat).
***Panaskan whipping cream atas api kecil hingga timbul buih-buih kecil. Tutup api dan masukkan coklat. Kacau hingga coklat cair dan sebati dengan whipping cream. Ketepikan pada suhu bilik sebelum digunakan.

ATAU
***Panaskan whipping cream secara double-boiler, masukkan coklat cincang dan kacau hingga coklat cair. Pastikan air tidak kena pada dasar bekas tersebut. Ketepikan pada suhu bilik sebelum boleh dituangkan atas kek yang telah dibuat crumb-coating (iaitu sapuan nipis menggunakan fresh cream atau buttercream bagi menampakkan permukaan kek kelihatan lebih licin dan sekata).

Friday, October 28, 2011

AYAT KURSI




1) Baca pada saat keluar rumah, 70000 malaikat akan menjagamu dari semua sisi.
2) Baca saat masuk rumah, kemiskinan tdk akan memasuki rumahmu.
3) Baca setelah berwudhu, Derajatmu akan dinaikkan 70 tingkat.
4) Baca pada saat tidur, malaikat akan menjagamu sepanjang malam.
5) Baca setelah solat, maka jarak antara kamu dan surga hanyalah kematian.

Sunday, October 23, 2011

4 PERKARA SEBELUM TIDUR


SEBELUM tidur, Rasulullah SAW berpesan kepada Aisyah RA :

"Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara, yaitu :
1. Sebelum khatam Al Qur'an
2. Sebelum membuat para Nabi memberimu syafaat di hari akhir
3. Sebelum para muslim meredhai kamu
4. Sebelum kau laksanakan haji dan umrah"

Bertanya Aisyah :
"Ya Rasulullah.. Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?"

Rasul tersenyum dan bersabda : 
1. "Jika engkau tidur bacalah : Al Ikhlas tiga kali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an." Bismillaahir rohmaanir rohiim,
Qulhuallahu ahad' Allahushshomad' lam yalid' walam yuulad' walam yakul lahuu kufuwan ahad' (3x)

2. "Membaca sholawat untuk ku dan para nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberi syafa'at di hari kiamat“. Bismillaahir rohmaanir rohiim, Allahumma shollii 'alaa Muhammad wa'alaa alii Muhammad (3x)“

3. "Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meridhoi kamu“. Astaghfirullahal adziim aladzii laa ilaaha illaa huwal hayyul qoyyuum wa atuubu ilaih (3x)

4. "Perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka seakan - akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umroh“.
Bismillaahir rohmaanir rohiim, Subhanallahi Walhamdulillaahi walaailaaha Illallahu Allahu akbar (3x) 


 Rasulullah saw bersabda ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang kekal bagi orang yang mengajarnya, meski hanya 1 ayat,dan meskipun kita sudah meninggal dunia......

Thursday, October 20, 2011

SEBUAH KENANGAN


Sebuah Kenangan

Kenangan…
Kau Datang Tanpa Diundang
Berputar-Putar Semula Dikotak Minda
Antara Manis Dan Pahit
Masing-Masing Cuba Untuk Mengambil Tempat Tersendiri
Untuk Diputar Semula

Kenangan…
Manis Itu Hanyalah Sekadar Mimpi Disiang Hari
Bila Tersedar Lenyaplah Ia
Walaupun Seketika Waktu Terbatas
Namun Ia Sungguh Menyenangkan

Kenangan…
Pahit Itu Yang Sering Datang
Penuh Pergolakkan Dan Derita
Kesudahannya Sangat Menyiksakan Hati Dan Minda
Dengan Linangan Air Mata Yang Sering Menemani

Tetapi Kenangan Itulah
Yang Akan Mematangkan Dan Mendewasakan
Tidak Perlu Menangisi Kenangan Itu
Ambillah Iktibar Dengan Berfikir
Ada Sesuatu Pemberian Untuk Kita
Yang Belum Diketahui Untuk Apa Tujuannya
Rabb Tidak Pernah Merampas Sesuatu Berharga Dan Bernilai
Dari Hambanya
Malah Memberi Yang Lebih Baik Dari Yang Asal

Usahlah Menangis…
Sesuatu Yang Buruk Itu
Tidak Semestinya Buruk Dimata Allah
Tetapi Boleh Jadi Yang Terbaik Disisinya
Kehilangan, Derita, Mahupun Kekecewaan
Belum Tentu Buruk Pada Hidup Kita
Tetapi Ia Adalah ‘Antibiotik’ Untuk Diri Kita
Menjadi Lebih Kuat Dan Tabah

Pergilah Derita…
Pergilah Kesakitan…
Pergilah Kekecewaan…
Terbanglah Dikau Bebas Bersama Masa Dan Waktu Yang Lepas....
Bisikkan Pada Sang Angin....
Terbang Bersama Awan Rindu...
Agar Kenangan Itu Terus Bersemadi...
Walaupun Diriku Tiada Lagi...

Tuesday, October 18, 2011

KETIKA ANAK-ANAK SEDANG MENJAWAB SOALAN DI DEWAN PEPERIKSAAN




Ibu atau bapa di rumah pula lakukan amalan ini:-

1. Ambil Wudhuk.

2. Mengadap kiblat.

3. Baca Syahadah - 3x

4. Al- Fatihah - 1x

5. 3 Qul- 1x

6. Surah Insyirah - 1x

7. Selawat Atas Nabi - 10x

8. Baca Surah Yassin - 1x

9. Baca Surah Insyirah 100x.


10. Niat di dalam hati supaya Allah SWT permudahkan anak-anak kita menjawab soalan dengan mudah dan tenang.

Contoh:

Waktu peperiksaan bermula jam 0800 pagi. Ibu atau bapa di rumah boleh mula melakukan. Semuga anak-anak kita dapat menjawab soalan dengan baik serta beroleh kejayaan yang besar. 


Monday, October 17, 2011

2 ANCAMAN SUKA LENGAH BERTAUBAT


MANUSIA dilahirkan dalam keadaan fitrah tetapi kerana perbuatannya sendiri yang berlawanan dengan acuan ajaran Islam atau perintah Allah, maka terpalit dosa.
Kita sebagai manusia biasa harus menerima hakikat kita tidak pernah terlepas daripada kesalahan serta kekhilafan yang dipengaruhi oleh suasana lingkungan, bisikan syaitan dan kehendak nafsu. Disebabkan itu, apabila melakukan kesalahan, kita perlu segera bertaubat.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Setiap Bani Adam itu bersalah dan berdosa, dan sebaik-baik orang yang bersalah ialah mereka yang bertaubat.”


Bagi hati yang dipenuhi keinsafan, sudah tentu tidak mahu berterusan berada dalam dosa, sepanjang waktu berusaha mencari jalan membersihkan diri dengan bertaubat supaya dapat beralih daripada kegelapan kepada cahaya hidayah.
Bertaubat adalah suruhan Allah dan amalan rutin Rasulullah SAW yang wajib dilaksanakan segera tanpa berlengah. Malangnya suruhan ini dipandang sepi dengan alasan ‘masa masih panjang lagi.’
Alasan itu sangat dangkal dan jahil kerana taubat bukan khusus untuk golongan tua kerana kematian tidak mengira usia. Persoalannya apakah kita boleh hidup sampai tua? Kita sedia maklum orang yang sengaja melambat-lambatkan memohon ampun dan bertaubat akan berdepan dua bahaya besar.
Pertama, hatinya penuh dengan karat akibat perbuatan maksiat atau keingkaran dilakukan tanpa henti kepada Allah sehingga menjadi sangat susah untuk mengikis dan menghapuskannya.
Kedua, maut atau penyakit datang sebelum sempat ia membersihkan karat di hati, ia menemui Allah SWT dalam keadaan hatinya penuh kekotoran dosa dan pasti menyeretnya kepada suasana hidup tidak selamat di akhirat nanti.
Oleh itu, apabila menyedari telah melakukan dosa, maka segeralah minta ampun daripada Allah SWT dengan bertaubat. Orang yang bertaubat atas dasar kerelaan, keinsafan, ikhlas hati dan bersungguh-sungguh hendaklah yakin Allah SWT pasti menerima taubatnya.
Firman Allah SWT yang bermaksud: “Barang siapa yang bertaubat sesudah melakukan kejahatan, memilih jalan lurus, maka sesungguhnya Allah menerima taubatnya dan Tuhan itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.” (Surah AI-Maidah, ayat 39)
Ni’mat Shidqi dalam bukunya Pembalasan: Syurga atau Neraka berkata, ayat 82 surah Toha meletakkan syarat mengenai taubat iaitu memilih jalan yang benar, mengerjakan amalan soleh untuk menebus kesalahan lalu, meninggalkan kejahatan dan menukar sikap dari buruk kepada baik.
Sebelum penyesalan menjadi tidak berguna dan tangisan menjadi sia-sia, kita hendaklah bersikap positif iaitu segera bertaubat dan terus giat melakukan kebaikan secara berterusan.

Sunday, October 2, 2011

8 Kaedah Seorang Muslim Tangani Stress




Biasakan diri berada dalam keadaan berwuduk
Jiwa kita akan menjadi tenang jika kita membiasakan diri mengambil wuduk sebelum melakukan sesuatu, agar kerja dan amalan itu akan jadi lebih baik dan dipermudahkan.

Perbanyakkan membaca Al-Qur'an
Bagi seorang muslim, membaca Al-Qur'an merupakan satu keistimewaan yang telah diperturunkan oleh Allah Taala kepada umat Nabi Muhammad s.a.w. Ia merupakan satu mukjizat 'hidup' untuk umat akhir zaman kerana didalamnya terkandung sejuta rahsia dan pedoman. Ia juga memberikan kedamaian dan membolehkan kita memohon keredhaan dari Allah Taala.

Banyakkan Solat Sunat
Sebagai makhluk paling mulia di sisi Allah, kita disuruh membanyakkan amal ibadat kita sehari-hari. Antaranya, dengan mendirikan solat sunat. Solat sunat hajat, solat sunat taubat, solat sunat tasbih adalah antara pelbagai solat sunat yang terdapat dalam Islam. Kita bangun pada sepertiga malam dan mendirikan solat-solat sunat tersebut agar beroleh ketenangan dan kekuatan daripada Allah.

Selalu berdoa kepada Allah
Allah telah berpesan iaitu jangan menyembah selain daripada-Nya. Ini bererti kita disuruh berdoa hanya kepada Allah yang Maha Esa dan dilakukan secara berterusan. Waktu-waktu mustajab berdoa adalah pada malam Jumaat, tengah malam, pagi sebelum waktu Subuh, malam hari raya, ketika waktu azan dan iqamah.

Bersangka baik dengan Allah
Kadang-kala kerana terlalu berat stress yang kita rasakan, kita akan bersangka buruk. Kita menuduh qadar dan qada kita, kita membenci diri kita sendiri dan merasa kesal dengan peristiwa yang berlaku. Semuanya itu adalah ujian daripada Allah yang Berkuasa bertujuan menguji keimanan kita sebagai hamba Allah. Oleh itu, kita mestilah bersangka baik dengan Allah dan janganlah menyalahkan-Nya jika terjadi sesuatu ke atas diri kita. Kita juga mesti percaya bahawa tentu ada hikmah di sebalik kejadian itu.

Menangis dengan sepuas hati
Tekanan yang dihadapi sekiranya melibatkan individu yang lain dapat diredakan melalui luahan hati kita dengan menuliskan rasa ketidakpuasan hati kita itu dalam sehelai kertas. Sikap cuba menyimpan perasaan tersebut dalam hati boleh menyebabkan diri merana. "Luaran lain hati lain" ada sesetengah individu apabila mereka mengalami sesuatu tekanan, mereka seolah-olah tidak menunjukkan permasalahan mereka itu. Sebagai contoh, mereka akan sentiasa gembira bila dilihat bersama rakan-rakan tetapi dalam hatinya hanya Allah yang Maha Mengetahui. Maka dengan itulah, menangis dilihat sebagai salah satu cara kita dapat mengurangkan tekanan yang dihadapi di tempat kerja.

Hargai kebolehan diri sendiri
Kita perlu mempunyai satu sikap yang dipanggil yakin diri. Apabila kita mempunyai keyakinan diri, maka kita tidak akan mempunyai masalah untuk melakukan sesuatu pekerjaan yang disuruh oleh pihak lain sewaktu bekerja.Kita yakin bahawa kita boleh melakukan kerja yang disuruh dengan mudah dan tiada sebarang masalah yang dihadapi. Apa yang penting ialah, kita mesti menghargai kebolehan diri sendiri dan memulakan hidup dengan lebih ceria.

Cintai diri sendiri
"Cintailah diri kamu sendiri sebelum kamu mencintai diri orang lain". Jelas daripada maksud sepotong hadis ini, kita dapat memahami bahawa kita perlu mencintai diri sendiri terlebih dahulu berbanding orang lain. Diri kita yang selama ini masih pada tahap lama dalam pekerjaan perlu dipertingkatkan dengan cara yang dinyatakan di atas. Kita perlu memulakan kehidupan kita dengan ceria dan penuh dengan senyuman.